Pesta-pestaan di bulan kemuliaan
Isnin malam tatkala membeli burger di gerai tersohor di kota ini, telinga penulis menangkap bunyi-bunyian pertunjukan pentas mengalunkan lagu-lagu inggeris datangnya dari arah gerai berderet di dataran tepian sungai. Pada awalnya penulis menyangka gerai itu dibina bersempena kedatangan Tahun Baru Cina. Tetapi setelah kedengaran lagu-lagu irama 60an maka yaqinlah bahawa ianya adalah merupakan satu pesta terbuka.
Negara baru sahaja 4 hari lepas meraikan sambutan maulid ar rasul di Puterajaya dengan menampilkan ulama tersohor untuk menyampaikan ceramah.
Rupa-rupanya sambutan maulid kita hanyalah sebuah retorik!! Kalaupun tidak kerana ianya sudah menjadi amalan sejak zaman - berzaman...
Kita semakin gagal untuk memahami apakah falsafah diwujudkan amalan sambutan tersebut. Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu pun sejarah bermulanya sambutan tersebut. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu sambutan maulid menguntungkan kerana cuti umum. Bagi yang terpaksa bekerja akan dibayar dua kali ganda. Bagi yang malas untuk ke pejabat menyambung cuti pada hari Jumaat yang berkebetulan pula hari Isnin merupakan hari cuti umum menggantikan hari Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad..
Apalah salahnya kalaupun tidak mampu untuk menahan diri dari berpesta, isikan pesta dengan lagu-lagu berbau kecintaan kepada Muhammad Rasulullah SAW.
Kadang-kadang muncul kepelikan di minda penulis tentang fungsi pejabat penguasa agams. Apakah tugasnya hanya menjadi pengintai hotel-hotel murah untuk memerangkap muda-mudi yang sedang mabuk gelora asmara sahajakah? Tanpa ada tindakan lain untuk MENCEGAH perkara itu?
Adakah pihak penguasa agama hanya selaku penceramah majlis maulid sahaja atau majlis dakwah sahaja tanpa mampu turun padang berdakwah menemui masyarakat?
Apabila pendakwah hanya berceramah dalam majlis yang ditetapkan sahaja ianya gagal memenuhi sasaran kerana yang hadir acapkali mereka yang ada kefahaman agama. Pemuda pemudi yang hanyut tetap berkubang di shopping kompleks. Pemuda dinasour masih iktikaf di kedai kopi sambil menonton bola.
Siapa yang akan menangani isu sekecil ini? Alah seqadar band main muzik salahke? Biarlah sekali-sekala.
Pada fikiran dangkal permainan muzik di pentas khalayak yang memainkan lagu tidak keras hanya perkara biasa sahaja. Janji tiada rock atau black metal lebih-lebih lagi nasyid. Pejabat penguasa agama pun terkedu untuk mencadangkan pengisian program nasyid semasa mesyuarat sambutan kemerdekaan peringkat daerah. Itulah sebabnya sang pencinta dajjal dengan senang hati mencadangkan acara tak masuk akal tak mengindahkan iman dengan nyanyian karaoke dan sebagainya.
Berbalik kepada pentas nyanyian di tepi sungai tadi, terang dan jelas pejabat penguasa agama bungkam untuk membantah. Jadi yang boleh dilakukan hanya menjadi pengintai dan menangkap si pelaku dosa yang menyorok di balik dinding hotel bajet.
Maka ianya terus berulang dan berlangsung. Datangkanlah apa sahaja sambutan Islam...maulid, maal hijrah hatta kalau hendak buat sambutan kelahiran setiap sahabat rasul di negara ini, ejen mossad pun tidak akan membantah kerana mereka tahu ia hanya retorik dan topeng semata-mata. Umat terus hanyut tanpa boleh ditolong lagi. Lebih-lebih lagi oleh pejabat penguasa agama...
Wallahu a'lam

Ulasan