Amal Maaruf Nahi Mungkar ... semakin dilupakan?
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Al Imraan : 110)
Apabila kita berjalan di kota ...maka terlihat oleh kita sepasang merpati (kekasih) sedang berpegang tangan dan bermanja. Apa tindakan kita..?
"Boleh jadi dia dah bernikah ... biarlah.."
"Aku ni pun bukan baik bebeno..."
"Rasa macam nak tegur .. tapi kena belasah pulak .."
"Geram tul aku nengoknya ..."
"Benci betul..."
"Ehem...Asalamualaikum...saudara-saudari ni suami isteri ke atau adik beradik? Jika tiada apa-apa hubungan yang diluluskan syara' baiklah saudara-saudari menghentikan perlakuan seumpama ini... Allah murka perbuatan seumpama ini.."
Dimanakah kita?
Kebanyakan dari kita akan memilih dialog-dialog yang terawal...Jarang sangat yang sanggup mengambil dialog yang terakhir.
Jika sekiranya kita biarkan ia berlalu ... tanpa sebarang ekspresi perasaan ...kita khuatir tergolong dalam maksud hadis Nabi SAW,
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)
Apabila membenci di dalam hati dikategorikan sebagai selemah-lemah iman...bagaimana dengan yang langsung tidak terkesan dengan maksiat yang berlaku? Tentu tiada lagi butiran iman di dalam hatinya ...
Ada yang sebut tugas ini adalah tugas penguatkuasa agama sahaja. Kita semua tak ada tauliah dari pejabat agama. Macammana nak laksana perkara ni...
Jawapan kepada golongan ini, bukankah Allah dan RasulNya dah bagi tauliah lebih 1400 yang lampau...kenapa kita tak mahu pakai dan guna?
Tuntutan kepada pelaksanaan perkara ini adalah besar. Impaknya terhadap kehidupan sosial masyarakat adalah maksimum. Jika semua muslim sanggup memgang tanggungjawab ini nescaya negara menjadi aman dan makmur manakala tugas polis dan penguatkuasa semakin mudah...
Gerakan-gerakan dakwah akhir zaman baik yang berbau politik atau NGO perlu menyelaraskan perkara ini dengan qadar segera. Gerakan dakwah di universiti dan institusi pengajian juga perlu memikirkan perkara ini dengan lebih serius.
Kita tidak mahu hanya melahirkan siswazah yang hanya fikir hendak berkahwin dan duduk dalam majlis ilmu sahaja tanpa ada tindakan untuk pelaksanaan agama itu sendiri. Ilmu yang ditimba di dalam gerakan-gerakan dakwah kampus khususnya perlu segera diamalkan dengan sebaiknya. Tetapi sebaliknya, mungkin atas sebab kecelaruan pemikiran, gerakan dakwah di kampus lebih memikirkan soal warna politik dan perkahwinan daripada memikirkan soal besar - amal maaruf dan nahi munkar...
Apakah salah jika gerakan ini, kalaupun takut atau termandul untuk berbicara tentang kebejatan sosial yang semakin meliar di kalangan warga kampus, mencetak poster-poster anti zina , atau bahaya pendedahan aurat dan menyebar luaskan di seluruh kampus, sebagai contoh...
Apakah berdosa jika gerakan dakwah ini bekerjasama dengan HEP dan juga MPP dalam menghalang pelaksanaan program yang berintikan maksiat? Adakah hilang taring dan popular jika mencadangkan kepada semua kelab2 pelajar di kampus untuk memulakan program dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran beserta terjemahannya..?
Mungkin peimpin-pemimpin usrah hanya bercakap mengenai agama dan siyasah tetapi tidak dapat menterjemahkannya dalam bentuk kelompok kecil warga kampus...
Kampus adalah pentas awal ke dunia lebih besar. Kejayaan sesebuah gerakan dakwah melaksanakan program anti mungkar misalnya dalam bentuk yang paling berakhlak adalah merupakan karya teragung yang bisa meraih redha Sang Pencipta...
Ayuh..bila lagi?
Kita bukan pembenci pelaku maksiat dan kebejatan. Boleh jadi mereka ini berubah dan menjadi sebaik-baik manusia akhirnya. Tetapi atas dasar kasih sayang sesama manusia, dekati mereka...bukan menjauhi mereka...
Ulasan