Bila nak mula dakwah?
"Bila nak start berdakwah?"
Soalan seumpama ini jarang kedengaran di mana-mana bahagian atau kawasan kedai kopi apalagi majlis mesyuarat tertinggi parti...
"Nak dakwah kena masuk badan dakwah..."
"Nak berdakwah? Tu kerja para ustaz dan ustazah..."
"Nak dakwah? Belajar agama tak sampai ke mana...sibuk nak ambil alih tugas orang..."
Kebanyakan dari kita agak terasing dan merasa berat untuk kerja dakwah. Bagi kita, dakwah hanya tugas golongan yang tertentu sahaja. Bukan tugas semua insan bergelar muslim. So, macammana pula dengan hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, sampaikan dariku walau satu ayat ...
Jadi ianya adalah satu suruhan Rasulullah SAW yang mematahkan hujah pemalas yang mengatakan, ilmu masih belum cukup....tak berapa pandai nak cakap dan sebagainya kerana Nabi SAW memerintahkan untuk menyebar luaskan ilmu walaupun hanya sepatah....
Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

DEFINISI DAKWAH
Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung. Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.
Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.
Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.
Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Daripada penerangan atau pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, boleh dibuat satu kesimpulan bahawa dakwah itu merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah.
Ia bukanlah satu yang berat, kerana nasihat yang itu juga merukan satu dakwah. Apabila seseorang itu terus merasakan diri masih tidak sempurna untuk memberi nasihat atau menyeru kepada kebaikan, sememangnya manusia ini semuanya tidak ada yang sempurna. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berilmu, ilmu itulah apabila diamal dan mengajak orang lain bersama-sama melakukannya ia merukan satu dakwah atau satu kebajikan kepada umat Islam (Ilmu yang baik). Dalil dalam al-Quran dalam surah al-Nahl, ayat 125 :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ulasan