Masjid kembali berkabut ..

Jumaat 12 Syaaban 1423 - sekali lagi masjid jame menara nan sebatang terpilih sebagai lokasi untuk melaksanakan program Jati Diri Ketara Sedar (JDKS) penjenamaan semula untuk program ini.

Sekitar jam 3.30 petang, barulah peserta tiba dari dua buah SK yang berbeza tetapi masih dalam mukim yang sama. Sebahagian peserta dihantar sendiri oleh ibu bapa manakala sebahagaian lain dengan menaiki bas. Untunglah mereka seawal usia 12 tahun lagi sudah berjaya menjejak kaki ke IPTA tersohor ..

Taklimat bermula sekitar jam 4.00 petang oleh KK yang kini telah memakai vest berwarna merah, manakala fasi memakai vest berwarna biru ..Untuk kali ini, lagu program ditukar kepada lagu yang lain selepas hampir dua tahun menggunakan lagu sebelum ini.

Beberapa minit sebelum azan Asr, peserta menikmati minum petang dan kemudian seusai solat mereka menjalani Ice Breaking bersama fasi wanita, untuk pertama kalinya dalam sejarah pelaksanaan program yang menjejak ke usia tahun ke lapan..

Walau bagaimanapun, tatkala solat Asr, kelihatan kebanyakan dari peserta kurang memahami hukum masbuq dalam jamaah solat..

Penulis tepaksa pulang ke rumah semula untuk menguruskan beberapa perkara. Menjelang Maghrib, penulis berjaya kembali ke masjid.

Seusai solat Maghrib, peserta meneruskan acara pembentukan dan penjenamaan kumpulan yang tertangguh dek kerana masa yang sangat mencemburui..selepas solat Isya, acara pembentangan berlangsung. Penulis juga tidak masuk kerana terlibat membincangkan trek kembara bersama PH III. Oleh kerana keadaan berjerubu, maka pihak Kesihatan melarang aktiviti di luar. Maka satu alternatif perlu difikirkan. Maka diputuskan untuk kembara dalam kawasan masjid sahaja pada malam esok ..

Selepas pelajar dibenarkan masuk tidur, maka didatangkan makanan oleh al fadhil ustaz N. Maka kesyukuran dirafa'kan sambil menyertai mesyuarat malam bersama KF..

Pelajar ini sebagaimana lazimnya pelajar tahun 6, tidak dapat tidur pada malam pertama. Maka kedengaran suara hingar dan jejak tapak kaki sekeliling bangunan hinggakan naik ke dewan solat...

Penulis hanya tidur selepas jam 3.30 pagi dek kerana bersembang dengan PH III di bilik dingin yang hanya dihuni berdua ..

Aktiviti pada hari kedua bermula sekitar jam 4.30 pagi bagi memenuhi undangan qiamullail.   Ternyata kebanyakan pelajar masih tidur sekitar jam 4.45 pagi. Hanya pelajar muslimat yang setia menunggu. Anehnya, setelah dikejutkan, pelajar lelaki seperti mamun (istilah emak penulis yang membawa maksud - blur), duduk tanpa membuat apa-apa. Setelah dijerkah oleh KK barulah terkedek-kedek berlari ke bilik wudhuk.

Seusai Subuh, jati diri oleh KK. Nampaknya KK hanya membentangkan mengenai tajuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW..

Selepas itu, mereka digiring untuk bersarapan pagi sebelum masuk semula untuk memulakan acara sweet sour pimpinan TG. Selepas itu disusuli oleh LDK solat dibawah pimpinan Ustaz Nur .. 

Seusai solat Zuhur, KK mengamuk sakan sebab nyanyian masih lemah, pimpinan Amir/Amirah sangat mendukacitakan. Manakan tidak, di dewan makan, botol air mineral yang masih berisi dibiarkan bertaburan besama sebungkus sandwich dan kesan tumpahan air beserta sebuah gelas...

Maka nyanyian menjadi ulangan kali dan setiap kumpulan kena tok ketampi sepuluh kali sambil berselawat. Namun Amir dan Amirah terpaksa ketok ketampi 70 kali kerana ada tujuh kumpulan. Akhirnya amirah menangis dek kerana tak tahan disiksa...


GAMBAR HIASAN

Selepas acara pecah rumah dan  king simba, bersama solat Asr dan kemudian riadah dalaman. Selepas Maghrib ialah kuliah oleh KF dan diikuti kembara selok kotak pada selepas Isya. Kembara hanya berakhir selepas jam 1.00 dengan acara solat taubat selepas diperdengarkan dengan puisi sakaratul maut yang telah diedit untuk kesesuaian usia ..

Sekitar jam 2.00 pagi, menikmati hidangan roti canai dan kemudian tidur...bisa kena serangan jantung jika setiap malam begini !!

Penulis tersedar sebaik terdengar suara azan merdu dari TG. Mujurlah kesemua peserta telah pun bersiap dan mereka bersama solat Subuh. Acara tangisan mengundang berlangsung selepas Subuh. Untuk julung kalinya, penulis bersama untuk acara akhir, iaitu tangisan pelok ..

Selepas sarapan, control your gold dan akhirnya penutup, dan sudah barangpasti acara kemuncak ialah tayangan gambar-gambar sepanjang program oleh abang cameraman.

Abang Camera-man adalah manusia yang memegang peran yang paling besar bagi merakamkan setiap gerak dan langkah peserta dan juga fasi. Sesiapa sahaja yang mampu menambat hati abang camera dengan aksi yang mengujakan, pasti tidak akan terlepas dari lensa abang. 

"Oleh itu sesiapapun yang mahu banyak aksi dirakam, maka berbuat baiklah dengan abang ini.."

Itu antara bait kata KK yang sering dilafazkan semasa taklimat perkenalan (taaruf).

KK juga kelihatan agak malas. Hanya banyak tidur tatkala program berjalan. Memanglah itu masa untuk KK tidur kerana KK tidak terlibat dengan LDK...Jadi masa terluang itu boleh digunakan untuk mengqada tidur. maklumlah, pada malam pertama hanya mampu tidur satu jam sahaja. Itupun bukan jaga peserta pun. KK juga dapat menangkap beberapa orang peserta yang disyakki menjadi pencetus kebingitan di kawasan tidur peserta lelaki dengan cara berbaring bersama mereka di kawasan tersebut dalam keadaan gelap pekat. Setelah diintip beberapa ketika, maka dapat dikawat cam beberapa orang. Sememangnya suasana di kawasan penginapan peserta lelaki agak hangat dan hangit. Hanya berbekalkan beberapa kipas syiling. Penginapan peserta perempuan agak lebih selesa dengan tersedianya penghawa dingin yang menyebabkan mereka hanya kedinginan sepanjang malam...

Peserta lelaki yang dikenalpasti terus dijerkah dan dipaksa tidur di beranda .. tetapi penulis yakin bahawa mereka pasti akan masuk ke dalam selepas kesemua fasi dan KK masuk ke sarang mereka...

Dan sekitar jam 4.30, ustaz Nur mengejutkan KK yang tidak sedar diri apabila tidur di dalam sarang. Itulah agaknya akibat bersembang dengan PH III sepanjang malam!!


Betullah seperti kata TG, KK terkini amat berbeza dengan KK terdahulu, yang awal waktu bangunnya pagi sebelum orang lain, yang tidurnya selalu lewat dari yang lain, yang jarang terlewat mengejutkan para peserta..

Walau apapun, program kali ini menjadikan coretan aku budak tua sebagai mauduk perbincangan dan analisis sepanjang program dan juga di malam harinya...

Ternyata acara yang dilaksanakan di rumah Allah lebih menyeronokkan, meskipun tiada kawasan khusus untuk kembara...

Meskipun begitu, kata-kata TG yang kelihatan tidak berapa serius, tetapi berwajah serius, boleh jadi juga ianya serius perlu di ambil kira tatkala kami menghabiskan makan tengahari pada hari kedua,

"Anggaplah program ni program yang terakhir. Ada kemungkinan pihak pengurusan akan menutup terus perogram ini. Dikuburkan tanpa nisan (pen.) Sebagaimana yang telah berlaku terhadap HROD... Lagipun pihak sekolah dah mendapat arahan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti motivasi bersama pihak luar "

Mmm..jika ianya benar berlaku, tiada siapa pun yang rugi dan tiada siapapun yang beruntung. Mungkin itulah takdirNya...setiap sesuatu pasti ada ajalnya...mungkinkah gerakan kumpulan ini sudah mendekati ajalnya...

Wallahu a'lam







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol