Riwayat kereta II
YA...Naza Citra itu kembali menagih sesuatu dari tuannya. Ianya merengek-rengek, lebih-lebih lagi tatkala membuat belokan di selekoh.
"Tu bunyi drive sharp tak? " kata salah seorang penumpang setia yang menemani perjalanan panjang setiap hari di antara Kluang ke Parit Raja..
"Boleh jadi bunyi arm.." kata penulis sebagai menyokong kata-kata salah seorang mekanik tatkala membuat alignment tayar sebulan lepas..
"Apa pun penyakitnya...kena tunggu duit dari langit.."
Tatkala itu fikiran penulis ligat memikirkan sumber kewangan. Mungkin boleh menggunakan kad kredit yang baru sahaja dijelaskan sejumlah besar pinjaman penggunaannya oleh orang sebelah...teman setia di setiap perjalanan, kerana penggunaannya tempoh hari.
Mungkin juga boleh tunggu tuntutan OT masuk bersama gaji bulan Jun...Tapi entah berapa harga yang perlu dibayar ... belum boleh dibuat sebarang jangkaan... Jika ditanya pada bengkel sebangsa di Parit Raja, hanya senyuman jawapannya...senyuman penuh bermakna....
Dan tatkala gaji masuk, rupanya OT tertinggal untuk dibayar. Sedangkan rengekan sang Citra semakin galak dan menyakitkan. Maka mahu tidak mahu, terpaksa membuat keputusan. Mujurlah orang sebelah boleh berlebih kurang. Berkebetulan beliau sedang ada duit. Maka dipinjamkan sedikit..
Dan seawal jam 9.30 pagi, penulis telah bertandang ke bengkel yang terletak di belakang hotel lama .. Setelah berunding, rupanya memang drive sharp dengan harga RM280.00..namun tayar dua biji telah mula botak. Sebiji botak teruk. Maka setelah berunding mengenai harga, maka persetujuan dicapai.
Berpeluh gak nak bayar balik nih... |
Operasi di bilik pembedahan
Dia dan semakin berpenyakit. Harap-harap dia sihat kembali selepas ini...
|
Ulasan