Ramadan - Proses mencanai taqwa yang hilang ..

Ramadhan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah bulan yang merupakan hadiah dari Allah kepada para mukminin. Manakan tidak..sedangkan kesemua ikan di laut akan memohon keampunan setiap pagi di bulan Ramadhan dimana ianya tidak pernah berlaku dalam bulan-bulan yang lain..

Segala amalan akan dilipat gandakan akan ganjarannya. Ulama ada juga menyatakan bahawa dosa-dosa yang cuba diperlakukan akan dilipat gandakan juga balasannya...

Ramadhan adalah bulan tarbiah bagi memburu gelaran taqwa.. kegagalan insan untuk meraih gelaran itu di akhir Ramadhan adalah merupakan satu kerugian yang amat besar yang melaluinya..

Puasa adalah merupakan satu proses menahan diri dari melakukan sesuatu yang amat disukai oleh nafsu. Ulama menyatakan bahawa menahan diri dari makan, minum dan melakukan sesuatu yang membatalkan puasa adalah satu simbolik sahaja. Falsafah yang penting untuk diterapkan di sini ialah kemampuan untuk menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh dilakukan tetapi ditahan kerana ketaatan kepada sang pencipta yang Maha Berkuasa..

Bukankah kita sering diperdengarkan atau terbaca hadis yang bermaksud, "Berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja" membawa pengertian bahawa Allah tidak memandang dan berhajat kepada manusia meninggalkan makan dan minum tetapi dalam masa yang sama meneruskan aktiviti pendosaan dengan melayan segala kehendak nafsu pada mata, perkataan dan perbuatan. Yang ditinggalkan hanya makan, minum dan bersenggama sahaja. 

Sahabat-sahabat Rasul SAW bersama dengan baginda dalam ekspedisi Badar dan Fathul Makkah dalam bulan Ramadhan di mana semasa ekspedisi Fathul Makkah Rasul SAW telah memerintahkan sahabat yang berpuasa agar berbuka guna untuk kekuatan bagi melawan sebarang provokasi kuffar Makkah tatkala berjalan masuk ke kota suci itu..



Makanya akibat kegagalan kita memahami konsep sebenar puasa, berapa ramai yang berjaya menahan makan, minum dan senggama hingga terbenam mentari tetapi wewenang meninggalkan solat fardhu, sewenangnya mengumpat, mencaci dan berbohong, sewenangnya melayan nafsu mata melihat keharaman dan kerosakan tatkala melayari bazaar Ramadhan ? Maka itulah sebabnya agaknya lagu-lagu hari raya sudah mula kedengaran di pasar raya pada hari ke sembilan ramadhan kerana ketidak sabaran mereka menahan nafsu makan, minum dan senggama di siang hari lagi hingga ke malam terakhir ramadhan..

Akibatnya mereka ini hanya mendapat letih sahaja dan di akhir ramadhan hanya mendapat mercun, ketupat dan baju baharu sahaja...?

Moga Ramadhan kali ini kita berusaha merubahnya menjadi ramadhan yang terbaik dan lebih berkualiti berbanding ramadhan sebelumnya...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol