Ramadhan 9 - lagu raya sudah kedengaran
Ramadhan hari ke sembilan tiba dengan wajah sayu langit kelam sepanjang hari. Tatkala berada di hujung harinya sudah mula kedengaran lagu-lagu hari raya..Entah dirasuk apa agaknya sang pemutar lagu itu..
Dentuman mercun juga sudah mula kedengaran walaupun lemah dan jarang-jarang. Sebenarnya sejak dua ramadhan lagi sudah berbunyi dentuman kecil di kaki lima surau tatkala imam bersama jamaah menyelesaikan tuntutan tarawih..
Dentuman ini memang dibuat oleh kanak-kanak yang suka kepada dentuman ganas. Semakin kuat semakin seronok. Mungkin boleh dicadangkan agar kanak-kanak ini termasuk ibu bapa dan juga pembekal dihantar untuk melancong selama 30 hari di bumi gaza dan juga bumi syria untuk mendewasakan pemikiran mereka betapa ngerinya bunyi dentuman, bukan untuk dipermainkan..
Kanak-kanak ini saban tahun menjadi mangsa mercun tatkala rakan sebaya mereka beramai-ramai menjadi mangsa bom di bumi gaza dan juga syria.
Kanak-kanak ini menjadi popular sebentar di kaca tv dan dada akhbar selaku hero yang dikalahkan oleh dentuman kesilapan tatkala menyelesaikan misi keseronokan dan obsesnya itu.
Kanak-kanak di syria dan gaza menjadi hero disis Tuhan Yang Maha pengasih kerana terbunuh dek kerana letupan ganas bom yang dihantar selaku hadiah dari penzalim...
Ya...sepertinya lagu raya yang berkumadang dari sebuah kedai menjual peralatan sukan...mungkin taukeh itu jahil tentang sambutan ramadhan dan syawal. Mungkin ia faham bahawa umat islam berpuasa kerana hendak berhari raya. Kita tidak salahkan taukeh, tetapi kita salahkan pekerja yang rata-ratanya muslim tetapi berkongsi dan menggalak pemahana yang sama sedangkan al quran jelas menyatakan bahawa puasa adalah untuk meraih taqwa dan taqwa itu bukan boleh diraih dengan ketupat, mercun, kuih raya dan sebagainya.
Ulasan