Kemakmuran malam akhir ramadhan

Meniti malam ke 25 ramadhan di tengah bandar kecil, ibu daerah tengah gerbang selatan semenanjung emas. Suasana sesak menyelubungi bandar kecil ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya meskipun suara bacaan imam masih kedengaran jelas di corong-corong menara rumah Allah. Ini bermakna tarikan ke bazaar ramadhan jauh lebih hebat berbanding tarikan tawaran ke rumah Allah bagi merebut kelebihan 10 malam akhir...

Kesesakan di tengah bandar juga agak luar biasa. Terfikir juga di benak ini mengapa kenderaan begitu banyak memenuhi setiap inci ruang yang difikirkan boleh untuk parkir. Kelihatan juga sang polis begitu galak menurunkan tandatangan diatas helaian kertas saman untuk diselitkan ke wiper kereta yang terpilih.

Suasana di bazaar pula tidak boleh diceritakan dengan hanya tulisan di blog picisan. Semakin meriah dan bergaya serta menyambut para pengunjung yang mungkin dahagakan sentuhan pelengkap syawal yang masih jauh...

Begitu bersemangat umat ini untuk berhari raya hinggakan tiada mampu lagi mereka menahan diri untuk memperdengarkan lagu hari raya. Mungkin pemahaman konsep menahan diri dan nafsu yang cuba ditarbiahkan sepanjang 24 hari lepas sudah semakin pudar dan sirna. Meskipun masjid dan surau ada menawarkan program ibadah menarik untuk diikuti, namun pengimarahan bazaar lebih menjadi tarikan tanpa iklan...tanpa promoter..tanpa perlu didatangkan ke rumah-rumah secara manual atau hebahan internet. Manusia segera mendatanginya...

Benarlah teori yang digunapakai bahawa akhir zaman ini umat di negara serba boleh ini berpuasa hanya untuk menuju hari raya...ya Allah....janganlah diriku ikut tergolong dalam  hadis yang bermaksud, berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol