Kuliah zuhur hari ke 24

Seusai solat zuhur dalam cuaca nyaman hari ke 24 Ramadhan tazkirah zuhur diisi oleh ustaz baru di masjid menara nan sebatang

Antara isi menarik kuliah beliau ialah bagaimana para salaf dapat mengkhatamkan al quran hingga 4 kali pada waktu siang dan 4 kali pada waktu malam...

Bagaimana imam as syafie dapat khatam al quran sekali sehari manakala dalam bulan ramadhan dua kali sehari? Bagaimana seorang alim menolak untuk bersembang dan berbual kosong kerana khuatir masanya terbuang begitu sahaja dek kerana risau tentang umur yang semakin berkurangan.

Imam as syafie mengarang syair taubat yang indah...tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak kuat menanggung siksaMu dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosanya....sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...apabila pada hari itu perutnya merasa kenyang?

Bagaimana dengan kita pula?




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol