Hari ke 27 ramadhan
Hari ini dimulai penulis tatkala jam azan subuh yang diawalkan 30 minit menlaksanakan tugasannya.
"Allahu Akbar...alangkah ruginya aku...aku tidak layakkah untuk menjadi salah seorang penerima anugerah al qadr?"
Ya..masih ada beberapa minit berbaki untuk mendirikan solat. Selepas bersahur dengan air dan kurma, cuba menjejak redha ilahi di akhir malam....sebenarnya di penghujung malam....yang begitu gawat...moga-moga jika benarlah turunnya angkatan rombongan jibrail pada malam 27 tadi termasuklah hamba Mu yang lemah ini dalam senarai orang yang mendapat 1000 bulan...meskipun hanya secarik sahaja ya Rabb...
Entah mengapa begitu sukar untuk bangun solat malam. Walhal seusai solat isya tadi sempat tidur sekira-kira satu jam dan boleh banguna berjalan serta memandu kereta. Namun bila tiba sahaja di rumah, segala pemikiran dan tubuh seolah terpaku dan terpedaya. Bisikan yang entahkan dari mana berkata, awal lagi. Akan elok jika ditakkhir hingga akhir sekitar jam 3 ke 4 pagi ke....maka terpedayalah insan ini hingga akhirnya tersedar bila azan berkumandang. Mujurlah hanya azan alarm ...
Ulasan