Malam ke 29 ramadhan 1434....harapan terakhir
Kehadiran malam ke 29 ramadhan hanya dicemari dengan bunyi dentuman mercun. Namun pada tahun ini tiada pula kedengaran bunyi meriam buluh sebagaimana tahun sebelumnya. Mercun adalah tanda keseronokan atau kegembiraan. Telah dimainkan dengan meluas dalam majlis keramaian di negara tanah besar China beribu tahun dahulu.
Mungkin kita telah terasuh dari kecil untuk meraikan 1 syawal sebagai hari kemenangan. Kemenangan atas peperangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Kejayaan menahan kehendak makan, minum dan senggama pada siang hari sepanjang Ramadhan. Namun kebanyakan dari kita hanya beranggapan bahawa kejayaan Ramadhan hanyalah setakat itu sahaja.. Jarang kita mengetengahkan idea bahawa segala kehendak nafsu yang menjurus kepada dosa sepanjang ramadhan seperti mengumpat, berbohong dan sebagainya yang mengundang dosa juga perlu ditahan untuk mendapatkan anugerah sebenar hasil tarbiyyah Ramadhan iaitu taqwa..
Maka tidak hairanlah kalau pejabat kerajaan kebanyakkanya diisi dengan lagu dan nyanyian irama hari raya dari waktu dhuha hingga menjelang asr. Kunun untuk mewujudkan mood hari raya. Tetapi pelik pula mengapa dari hari pertama ramadhan tidak dibuka pula alunan bacaan ayat-ayat al quran untuk menimbulkan mood puasa dan mengalu-alukan anugerah taqwa.
Dan kadangkala kita terlebih mengalu-alukan sambutan syawal berbanding kehadiran Ramadhan. Makanya wujud mereka yang bermazhab puasa sebulan maka raya juga sebulan, dan majoriti mazhab ini dianuti oleh warga tengah hingga ke selatan semenanjung emas. Oleh sebab itulah hari raya eidul fitr bagi mereka adalah terlalu hebat disambut dengan pelbagai nyanyian dan tarian serta persembahan dan juga lakonan tidak lupa lawak jenaka. Dan golongan yang paling gumbira ialah golongan artis...
Sekitar jam 11 malam bunyi letupan mercun mula berkurangan. Mungkin jika penulis tinggal di Allepo atau semenanjung gaza, akan ditulis ayat bunyi letupan bom dan senjata automatik mula berkurangan. Mungkin juga di sana anak-anak mereka sibuk mencari peluru dan batu untuk melawan zionis dan basyar berbanding anak-anak di negara kita yang sibuk mencari mercun dan merekacipta bahan letupan berdengung hanya untuk memuaskan hati dan menggembirakan perasaan sendiri..
Masih ada harapan untuk menyambut turunnya gelombang malaikat yang akan memenuhi seluruh permukaan bumi dengan diketuai oleh jibrail yang dikatakan akan menancapkan bendera di atas kaabah dan seterusnya membuat lawatan ke seluruh pelusuk bumi untuk mencari ahli ibadah...
Selamat memburu al qadr....
Ulasan