Kelas ketiga
Kelas ketiga berlangsung agak awal. Perbincangan sebagaimana yang telah dinyatakan di awal pertemuan kedua telah disebutkan. Masuk ke kelas, terus bergerak untuk pembahagian topik. Namun sebelum itu, selepas belajar dari kesilapan kelas kedua, dimana perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan, sedikit maklumat dipaparkan di lcd buat tatapan.
Kemudian pembahagian kumpulan. Rupanya lokasi pun masih belum mendapat persetujuan ramai. Maknanya proses kali ini kelihatan sedikit gagal. Dek kerana idea awal telah ditetapkan. Mereka menjadi sedikit kabur dan terbiar. Lebih-lebih lagi apabila diprovok oleh penulis. Mereka rupanya mudah terpengaruh dengan idea lain.
Maka terpecah pandangan mereka menjadi tiga. Satu golongan yang nampak mendominasi memberikan cadangan untuk rekreasi di hutan lipur mahupun kawasan gunung. Sekelompok lagi cuba mencadangkan untuk program anak angkat di mana-mana kawasan perkampungan. Hanya segelintir sahaja yang masih tegas dengan cadangan asal...
Maka apabila dilihat kelompok berkreasi telah berjaya mendapat majoriti, penulis seger membuat provokasi. Mana mungkin program khidmat masyarakat hanya untuk mencapai keseronokan sendiri sahaja? Sepatutnya khidmat masyarakat lebih banyak memberi daripada menerima....
Maka perbincangan mula berlaku. Sayangnya kumpulan ini lebih suka berbincang dalam kelompok tersendiri. Akibatnya hanya kelompok MT sahaja yang berbincang bersama ketua biro. Ahli lain hanya melonggo...kelihatan tiada kerjasama atau kerja berpasukan sebagaimana yang menjadi objektif..
Akhirnya,mungkin selepas dibahaskan atau mungkin kerana menjaga hati pengajar? Maka keputusan dibuat untuk melaksanakan program di sekolah yang telah dicadangkan lebih awal.
Kumpulan ini juga menginginkan agar kelas dapat dihabiskan lebih awal. Mereka memohon agar ianya dibuat seawal jam 4.00 petang dek kerana kelas malam bermula jam 8.00...hal itu agak mustahil untuk dilaksanakan...
Ulasan