Kelas kedua
Kelas kedua penulis masih di kelas yang sama dan kondisi yang sama tanpa penghawa dingin. Entahkan rosak atau apa...
Kelas dimulakan dengan taaruf ringkas bersama ahli kelas yang baru. Kemudian ialah sesi perbincangan di antara kumpulan yang telah dibentuk.
Pembentangan bermula jam 6 petang dan hanya berakhir sekitar jam 6.45 petang. Hampir kesemua kumpulan mempamerkan persembahan yang terpuji. Namun pembahagian tugasan diantara biro kelihatan masih kabur. Masih ada kumpulan yang mempunyai yang berat dan ada pula kumpulan yang kelihatan begitu mudah dan ringan sekali.
Penulis telah melontarkan idea untuk pelajar kali ini melaksanakan program di sekolah yang telah ditetapkan. Ia tidak seperti kumpulan sebelumnya. Penulis ingin mencuba kaedah terbaru. Idea awal dari penulis kemudian dikembangkan dengan inovasi pelajar. Kita tengok dahulu hasilnya. Setakat ini tiada sebarang bantahan yang berlaku...
Ulasan