Sekali lagi ke masjid India
Ahad sehari sebelum wuquf di arafah, kami sekali lagi bergerak menuju ke masjid india untuk mendapatkan bekalan buat jualan. Kali ini kami bergerak ditemani putera dan puteri-puteri kami berserta bonda penulis.
Kami bergerak agak lewat, sekitar jam 10.30 dan berhenti untuknsarapan pagi di hadapan institut pertanian. Kemudian terus memecut tanpa henti menuju destinasi. Singgah di rumah ibu saudara untuk transit bonda dan putera serta puteri kedua.
Kami tiba di laluan masuk ke masjid sekitar jam 2 petang. Panas tengahari begitu membahang terik. Setelah mendapat lokasi sesuai selepas terperap dalam jam yang agak pendek, kesemua penumpang diturunkan dan penulis menunggu parkir. Hampir tiga jam menunggu. Akhirnya sejurus sebelum azan asr Allah menganugerahkan jua tempat parkir. Syukur padaMu wahai zat Yang Maha Pemurah. Menunggu parkir sebenarnya merupakan salah tarbiyyah dariNya. Meskipun kadang-kadang panas juga apabila parkir yang dinantikan hampir menjadi kenyataan, tiba-tiba muncul kereta yang entah dari mana terus masuk ke dalam kawasan parkir tanpa segan silu dan tanpa rasa sedikit bersalah pun.
Menunaikan solat asr secara berjemaah secara tamam selepas mengqasarkan solat zuhr, telefon berdering sejurus sebelum takbiratul ihram solat asr. Orang sebelah yang setia telah berjaya melengkapkan misi. Seusai solat bergegas menuju ke lokasi yang dimaksudkan. Jalan masih jam seperti tadi juga. Mujurlah lokasi mereka tidak terlalu jauh.
Sebaik tiba, mengangkut barang belian ke dalam bonet kereta dan kemudian memanjat tangga kompleks mencari lokasi untuk makan. Setibanya di kawasan menjamu selera, kesemua yang berada di situ adalah dari kalangan bangsa india semata-mata termasuklah deretan kedai untuk menjamu selera. Hanya ada satu sahaja kedai melayu dan satu sahaja kedai muslim yang memaparkan kalimah kedai pakistan. Memesan nasi beryani yang dituang kuah kari ayam. Harga RM7.00 kemudian dijelaskan kepada taukeh. Orang sebelah yang setia telah memesan makanan melayu bersama puteri sulung dan adik ipar..
Seusai makan, kami bergerak pula menuju ke lokasi lain bersebelahan dengan bangunan sogo. Disana mempamerkan deretan kedai-kedai berprestij dan menawarkan harga yang kelihatan mahal. Manusia yang datang ke sana juga amat kurang akan bilangannya. Maghrib di sana menghasilkan jamaah yang agak kurang. Mungkin lagi ramai yang solat maghrib di shopping kompleks di kawasan belahan selatan. Namun yang menariknya, jamaah yang hadir mengalunkan suara azan. Perkara yang tidak pernah penulis temui di mana-mana surau di kompleks membeli belah yang tidak ada bilal atau imam rasmi di belahan selatan tanahair ini.
Seusai solat, kami tertumpu ke kios yang menawarkan minyak wangi dengan harga yang berpatutan. Penulis telah berjaya mendapatkan stok minyak wangi di tangga masjid india tadi.
Sekitar jam 8.30, kami bergerak pulang dan kemudian singgah sebentar di cheras perdana. Perjalanan pulang diisi dengan rasa mengantuk dan keboringan memandu menyebabkan kenderaan terpaksa berhenti untuk mengisi minyak. Kami tiba di rumah sekitar jam 1 pagi...
Ulasan