Ibadah kita senantiasa bermusim?
Tatkala menghadiri sambutan maal hijrah di salah sebuah masjid jame di bandar yang dinamakan bersandarkan kepada nama haiwan ini, fikiran penulis agar terusik dengan gelagat majoriti yang hadir pada maghrib 30 zulhijjah 1434 petang itu.
Penulis sememangnya tiba agak lewat. Tatakala suara imam sudah membaca bacaan surah pada rakaat kedua, penulis masih terpusing-pusing mencari parkir kereta. Masjid tua yang telah wujud sejak tahun 1940an di bawah agensi pentadbiran agama negeri ini kelihatan sendat dengan kenderaan hingga melimpah ruah keluar daripada kawasan parkir yang berpagar.
Apabila berjaya menjeguk ke dalam bahagian solat, saf tidaklah melimpah ruah sebagaimana yang biasa berlaku pada hari Jumaat. Lagipun kebanyakan jamaah malam itu adalah anak-anak muda, mungkin dari asrama sekolah berhampiran. Meskipun penceramah yang dipanggil agak tersohor, namun ianya kelihatan tidak mampu menarik khalayak lebih ramai..
Sememangnya jamaah pada Maghrib 1 Muhrram 1435 adalah ramai, berbeza dengan jamaah maghrib semalam, atau lebih tepat pada 30 Zulhijjah 1434. Ini sebenarnya adalah fenomena biasa dalam masyarakat Islam di negara Islam Malaysia ini. Jamaah di masjid akan meningkat khususnya pada malam Jumaat, malam maal hijrah, malam maulid, malam nisfu syaaban, sepuluh malam terawal Ramadhan dan sebagainya. Dan maksimum fenomena jamaah bertambah ialah pada pagi hari eidul fitri dan eidul adha setiap tahun...
Ini adalah amalan biasa di negara Islam Malaysia. Amalan ini telah berlangsung sejak zaman berzaman dan setiap kurun. Masjid dihadiri berdasarkan majlis yang berlangsung.
Kadang-kadang tidak tahu dimana silapnya. Walhal setiap tahun menyambut maal hijrah. Bahkan di siang 1 muharram diadakan sambutan rasmi. Maka dipaparkan ke segenap penjuru alam..Inilah negara Islam contoh. Negara dimana Tahun Baru islam disambut dengan begitu berprestij sekali. Hingga di radio IKIM sendiri dalam info dimumkan bahawa pada awal muharram, muslim berkumpul di masjid untuk solat sunat di pagi 1 Muharram!!. Info yang saban tahun diulang tanpa ada pembetulan. Tidak tahulah sama ada ianya senghaja dimasukkan ke dalam skrip oleh para pembawa bidaah, ataupun ianya tidak didengar oleh majoriti muslim di negara ini, kerna lebih asyik mendengar celoteh Deejaay pelawak dari radio lain yang lebih menyegarkan...!!
Apabila ada golongan yang cuba menegur, segera dicop akan wahabi sang penegur itu, tanpa rasa segan silu dan tanpa ada sebarang penyelidikan secara menyeluruh lagi yang perlu dibuat.
Adakah kesilapan tuan-tuan guru terdahulu yang menyebutkan mengenai hukum solat berjamaah adalah fardhu kifayah sahaja, kecuali solat Jumaat?
Atau adakah mungkin ada anak-anak murid tuan-tuan guru yang menyelewengkan fakta lantas memberikan info yang lebih merehatkan sekelian jamaah muslim daripada menghadiri masjid dengan pandangan akan fardhu kifayah itu?
Maka begitulah hakikat yang terjadi. Masjid akan kosong tanpa penghuni kecuali pada hari-hari tertentu. Berkhutbahlah sebanyak mana pun tentang kebaikan solat berjamaah. Datangkanlah seramai mana pun dai dari rumah ke rumah. Mereka tetap dengan hujjah itu hanya fardhu kifayah. dalam qaryah asal ada tok imam, tok bilal, dan seorang dua jamaah tabligh dah cukup dah...kami dah lepas..
Begitulah seterusnya. Pabila tok imam, tok bilal dan jamaah tabligh ditaqdirkan meninggal serentak dek kerana ditimpa bumbung masjid misalnya, tentu seluruh qaryah akhirnya akan menanggung dosa tidak mendirikan jamaah akhirnya...
wallahu a'lam
Ulasan