Astro Ceria : Hanya menceriakan tanpa mendidik..

Mungkin tidak semua di antara kita yang biasa menonton astro ceria di siaran 611. Ianya adalah saluran khusus untuk kanak-kanak di semua peringkat umur. Mungkin pada masa awal penubuhannya hanya diisi dengan siaran kartun biasa yang dialih bahasa. 



Tetapi selepas melalui beberapa fasa kematangan, kelihatan astro ceria mula bangkit dengan beberapa siri realiti (selain tom tom bak) seperti kamilah bintang, dan terkini super star 2..

Ternyata kebanyakan acara realiti terkini dan juga sebelum ini di astro ceria langsung tidak mendidik jiwa anak-anak. Alangkah ruginya sebuah siaran yang ditonton oleh kebanyakan anak di seluruh negara Islam Malaysia ini tidak dipergunakan dengan sebaiknya untuk membawa mereka berfikir dan mendidik mereka ke arah Islam. 



Kita sebenarnya boleh mengira  dengan jari berapa ramai sahaja anak-anak kita yang mahu menonton kisah-kisah agama seperti adik bertanya ustaz, ataupun kisah-kisah yang banyak ditayangkan di TV9 berkaitan pendidikan anak-anak...

Adakah siaran ceria di astro ini ditaja khusus oleh para fremason untuk pengkaderan anak-anak muda ke arah menuju masyarakat yang mengangkat budaya hendonisme..?

Adakah kelak kita bakal dipimpin oleh pemuda dan pemudi yang melihat agama hanyalah adat dan istiadat datuk nenek mereka dahulu sahaja?

Jika kesemua perkara seumpama ini tidak dihentikan segera...nantikan sahaja akibatnya..

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol