10 tahun sama dengan sehari?

Tuan Guru Mudir Madrasah Arabiah di salah sebuah daerah di hujung semenanjung emas dalam menjawab salah satu soalan sesi kuliyyah maghrib baru-baru ini menceritakan bahawa teman- teman beliau yang ramai berada di Saudi menyatakan bahawa di negara Saudi, bilangan jenayah yang berlaku sepanjang 10 tahun adalah sama dengan jenayah yang berlaku sehari di US!!

Bagaimana hal itu bisa berlaku?

Ini adalah keberkatan pelaksanaan hukum hudud. Meskipun Saudi tidak melaksanakannya dengan adil dengan menghukum mengikut pilihan, iaitu yang dikenakan hudud biasanya orang bukan arab manakala yang Arab dielakkan, namun Allah tetap menurunkan kegerunan dalam dada penjenayah...



Satu ketika seorang Yahudi bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya mengenai hukuman ke atas orang yang berzina di kalangan mereka. Maka Rasulullah SAW bertanya, "Apakah hukuman di dalam taurat kamu?" Mereka menjawab, "direjam sehingga mati"

Selepas daripada itu, yahudi tersebut keluar dalam keadaan tidak berpuas hati. Ia kemudiannya mendatangani rumah umar dan bertanya soalan yang sama...

"Adakah kamu telah bertanya kepada Muhammad?"

"Ya sudah..."

" Dan apa jawapannya?"

"Seperti yang termaktub dalam Taurat...iaiti direjam"

"Jadi mengapa kamu bertanya lagi denganku?"

"Kerana aku tidak bersetuju dengan jawapan itu.."

"Tunggu sebentar..." Lantas Umar masuk ke rumahnya.

Sebaik keluar, beliau menghunus pedang dan menamatkan riwayat Yahudi tadi...

Itu rupanya hukuman ke atas orang yang enggan menerima hukuman dari Allah dan RasulNya..

Dengan kadar peningatan jenayah berat di muka bumi daulah islamiyyah Malaysia kini, maka apakah kita masih berrdegil untuk menolak hukum Allah sebagai perlembagaan tertinggi?



Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahNya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol