Memerangi ajaran sesat?

Mutakhir ini para ulama yang mendokong fatwa mazhab sunni-masionalis semakin garang di persada untuk memenuhi tuntutan pemerintah mereka bagi memerangi kebejatan fahaman sesat saudara mereka sendiri dari kalangan syiah. Apabila pembesar mereka semakin bersemangat membantai pimpinan parti politik yang berbeza fahaman dan anutan dengan menngunakan senjata syiah, membuatkan penulis teringatkan keadaan yang berlaku dalam zaman kekuasaan daulah abasiyyah di bawah pimpinan khalifah Harun Al Rasyid tatkala para pembesarnya beserta ulamanya juga sedang giat memerangi syiah hingga antara yang dituduh ialah Al Imam Muhammad bin Idris As Syafie sendiri. Akhirnya setelah disoal siasat oleh khalifah sendiri, beliau akhirnya terbebas dari tuduhan liar tersebut.

Kini hampir gegak gempita negara dengan isu ini. Apabila pihak yang berwajib menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu disahkan sebagai seorang syiah, maka ianya ternyata lebih mengelirukan ramai umat. 

Lalu bagaimana dengan isu kebajikan rakyat yang lebih penting, seperti isu kenaikan harga barang dan lain-lainnya? Seperti tidak kedengaran untuk dibahaskan di perhimpunan parti terbesar penganut mazhab sunni-nasionalis baru-baru ini.

Sekali lagi penulis pelik dengan tingkah laku beberapa ulama tradisional sunni yang selama ini sangat memerangi segala ajaran yang keliru, termasuk syiah dan wahabi, namun agak 'sejuk' bila berhadapan dengan isu yang lebih memerlukan fatwa dan bimbingan serta pencerahan seperti isu fahaman nasionalis, isu fahaman pluralisme, isu fahaman sosialis serta lain-lain fahaman yang masih dianut dengan kuat dan digigit dengan geraham dengan begitu erat, termasuk fahaman freemason, fahaman freethinker, fahaman illimunati dan sebagainya yang masih samar tanpa bantuan pancaran nur dari lidah dan penulisan para ulama ini. Tak mungkin mereka ini hanya asyik dengan qasidah dan lain-lain bentuk alunan saduran agama semata-mata hingga terlupa kepada bahaya gerakan freemason yang sebenarnya menjadi musuh utama kepada Islam akhir zaman?

Penulis agak pelik dengan tingkah laku kerajaan Saudi yang masih membenarkan syiah ini hadir untuk berumrah dan mengerjakan haji sedangkan di negara daulah islamiyyah semenanjung emas ini mereka telah difatwakan kafir serta sesat. Apakah ulama-ulama wahabi yang diketahui paling kuat memusuhi jamaah syiah ini tersilap dalam menukil fatwa mereka? Bagaimana pula dengan tindakan saudi yang hanya membiarkan golongan ini terus berada di bumi Madinah dan mampu pula berkumpul untuk menjalankan majlis agama syiah mereka? 


Adakah selepas ini kerajaan semenanjug emas ini akan mengkafirkan serta menyesatkan pula puak wahabi Saudi yang kelihatan bersikap lunak dengan syiah di sana? Boleh jadi jika daulah semenanjung emas ini ditaqdirkan berkuasa atas dua tanah haram, mereka mungkin akan melarang keras kemasukan jamaah syiah ke dua tanah haram tu? Maka sudah pasti mereka akan diserang dengan lebih cepat oleh jamaah syiah ini...

Kita menjadi semakin keliru. Semakin banyak kedok kebusukan syiah yang diwar-warkan. Namun kedok kebejatan pihak freemason yang menjadi api dalam sekam,yang menjadi tentera dajjal, yang menjadi pelindung kebusukan zionis dibiarkan bebas dan berleluasa dalam daulah ini? Alangkah pelik bukan? Dan rasanya masih ramai yang gagal pencerahan lanjut berkaitan fahaman freemason ini....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol