Tetamu senja

Lewat maghrib rabiul awwal tatkala menikmati juadah sementara menantikan kehadiran isya, sekonyong-konyong kedengaran suara lelaki memberi salam di halaman rumah. Pabila dilihat dan dijenguk di bibir tingkap, kelihatan dua tetamu dai sudah bersiap untuk bertamu. 

Maka penulis menerima tetamu hanya di hadapan rumah kerana keadaan dalam rumah yang agak kurang selesa.



Maka tetamu senja menyatakan nawaitu untuk ziarah disamping mengundang penulis hadir ke program dakwah di jame yong peng sekitar bulan mei kelak. Tetamu ini seorang yang agak berumur dan berpengalaman bertamu dirumah usang ini dengan mesej hampir sama. Seorang lagi pemuda yang masih sangat bersemangat bersama jamaah dai ini.

Kisah berkisar mengenai kepentingan menghidupkan amalan agama dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perumpamaan seperti ais yang diletakkan di luar pasti cepat cair, tetapi jika disimpan di persekitaran sejuk seperti peti sejuk, maka sudah pasti ianya akan dapat bertahan dengan lebih lama.
Maka begitulah dengan keadaan iman kita. Jika dibiarkan sahaja terdedah dengan persekitaran yang jauh dari agama, maka besar kemungkinan ianya akan cepat cair. Tetapi jika iman berada dalam suasana agama dan persekitaran yang mengamalkan agama, maka sudah barang pasti ianya dapat bertahan lama...

Kunjungan ini tidaklah begitu lama meskipun hati sedikit berat buat menerima. Tetamu kemudian dihidangkan dengan beberapa ketulan jagung rebus bersama teh panas...

Menjelang azan isya, tetamu senja kembali semula untuk meneruskan perjuangan...

Kumpulan da'i ini memang mengkagumkan di atas kesediaan mereka untuk menziarahi sesiapa sahaja secara dekat dengan mengambil sunnah tatkala Rasulullah berdakwah di Kota Makkah. Mungkin tidak banyak badan dakwah NGO yang sanggup mengambil pendekatan yang serupa..bahkan parti politik ada kalanya lebih sanggup berceramah dan berforum di pentas-pentas atas nama dakwah, namun belum sanggup untuk turun dari kerumah-kerumah, kecuali untuk meraih undi...

Syabas dan teruskan ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol