Al mulhamah al kubra -

Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Kalian akan berdamai dengan bangsa Rom (Amerika) dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi satu musuh di belakang mereka. Dan kalian akan memeperolehi kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kalian akan berangkat sehingga sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit (Megiddo?) Maka seorang lelaki dari tentera Rom (Amerika) mengangkat salib seraya berkata, :"salib telah menang!!"

Maka marahlah seorang lelaki daripada kalangan kamu lalu membunuhnya lalu ditentang (oleh tentera Rom) dan jatuh (meninggal). Pada ketika itu (tentera Rom) sudah berkhianat (tidak patuh pada perjanjian) berlaku pertempuran demi pertempuran dan mereka berkumpul untuk memerangi kalian di bawah 80 bendera di mana dibawah tiap-tiap bendera terdapat 12,000 tentera" - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban daripada Dzi Makhmar ra

HURAIAN

Penulis buku HURU HARA AKHIR ZAMAN, Amin Muhammad Jamaluddin ketika membahaskan hadis ini menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan musuh di belakang mereka adalah Russia dan China. Menurut senario muttakhir, musuh dibelakang US kini adalah Iran yang disokong oleh Russia dan China (boleh jadi juga Syria berdasarkan kepada situasi politik terkini negara tersebut)


US pada hakikatnya lebih bimbang dengan kebangkita kuasa tentera Iran berbanding Russia dan China. Hal ini ditulis oleh Jerome R Corsi, seorang penganalisis politik dan bekas perisik CIA dalam bukunya, Why israel Can't Wait.


Adalah tidak mustahil untuk negara Arab bersatu dengan US untuk menyerang Iran yang merupakan kubu kuat syiah yang dikelilingi oleh penguasa Arab monarki yang berwajah sunni serta begitu takut akan revolusi Iran yang mampu menggugah takhta mereka disebabkan kebanyakan rakyat negara mereka berfahaman syiah.


Berdasarkan hadis ini, kaum muslimin yang berdamai dengan tentera bersekutu US menuut pandangan Amin Muhammad Jamaluddin, dimana selepas Iran ditewakan, akan ada tentera US yang bangkit mengibarkan bendera salib dengan mengatakan mereka berjaya menjatuhkan negara Islam dan berteriak, tentera salib telah menang.


Tentera Arab sekutu US tidak dapat menerima aksi ini dan merasakan mereka dkhianati, sedangkan mereka tidak pernah memperjuangkan salib dan ianya menimbulkan kemarahan lantas berlaku sesuatu yang diluar jangkaan dalam ketumbukan tentera bersekutu itudan berlaku pertumpahan darah dan pertempuran seama mereka serta menjadi punca kepada mulhamah al kubra atau armageddon..?


dipetik dari buku Konspirasi Galaktik karya Muhammad Nurani Maarif terbitan Hijjaz Records Publishing 2012

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol