Dipenjara kerana RM2...: Dimana kredibiliti penguasa agama?
Isu ini dah agak lama. Bagi sesetengah pihak dianggap lapuk dan mungkin dianggap sebagai isu terpencil sahaja. Banyak lagi isu besar yang perlu ditangani seperti syiah, ancaman Lahad Datu dan sebagainya termasuk ancaman penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian...
Apabila penulis terbaca di dinding muka buku salah seorang rakan sejawat awal pagi tadi, penulis hanya sekadar melihat sekilas lalu dengan tanggapan negatif di pemikiran berkarat,
"alah...orang lain dah tau dah..."
"alah...orang lain dah tau dah..."
Tetapi apabila rakan tersebut secara tiba-tiba membuat panggilan selepas rehat tengahari tadi, ianya agak memeranjatkan penulis. Beliau ini adalah salah seorang pendukung kuat parti nasionalis yang terkenal di negara semenanjung emas ini.
Beliau ingin mengambil pandangan penulis berkaitan isu ini. Bagaimana pula jika seorang yang memang dalam kesempitan wang datang ke gereja dan mengambil wang yang disediakan, tanpa perlu ditemuduga oleh sang paderi, tanpa perlu memegang lutut sister, cukup sekadar menulis nama dan menyatakan untuk tujuan apa yang tersebut diperlukan. Itu sahaja. Bagaimana ianya dari sudut pandangan agama?
Penulis agak bungkam untuk menjawab. Ianya melibatkan soal aqidah. Seolah ditanya oleh wartawan mengenai isu kalimah Allah yang kembali hangat dalam dua minggu ini.
Akhirnya, penulis merasionalkan perbuatan itu.
"dah nak minta kat masjid memang begitu susah...nak ke pejabat agama? Aihh lagi bermacam-macam birokrasi yang perlu dilalui. Perlu minta pengesahan ke sana sini. Akhirnya, duit tak dapat, anak di rumah boleh mati kelaparan susu..."
"Aku dah bawa perkara ini ikut saluran sedia ada.." kata rakan sejawat tersebut. Ah...kata-katanya agak berlainan dari biasa. Jarang sekali ia hendak sependapat dengan penulis dalam isu-isu nasional seumpama ini.
"Namun sambutannya sangat mengecewakan..."
"Hatta ima masjid sendiri pun tidak bersetuju untuk mendapatkan wang bagi yang kesusahan dari tabungan masjid.."
Maka itulah situasi pentadbiran masjid di negara aman ini, atau jika ayat lebih kasar itulah pentadbiran agama di negara tercinta ini, khususnya dalam masalah pengagihan zakat.
Penulis telah beberapa kali highlight perkara ini tapi kelihatan seperti tiada apa-apa tindakan ...
Bab membuat kutipan sama ada zakat atau derma, kitalah juara. Sepantas kilat dan secepat angin. Pelbagai kemudahan disediakan. Dari bab potongan gaji hinggalah kepada debit di akaun bank. Mudah. Pantas . Bergaya.
Tetapi dari segi agihan bukan main banyak karenahnya. Kesemuanya selalunya akan dibuat atas satu alasan. Takut yang meminta menipu. Yang sebenarnya berhak akan tercicir.
Tetapi malangnya mereka kerap juga tertipu oleh sang penipu dan akhirnya yang memang merempat dan sukar terus dipinggir dan dicicirkan dari arus agihan..
Sebagai institusi mini baitulmal, iaitu masjid dan surau, kadang kala ada jamaah yang datang selepas solat menghadap imam menyatakan kesukaran dan kesusuahan. Imam tidak mampu berbuat apa-apa. Nak harapkan duit poket sendiri, hanya elaun RM300 setiap ENAM BULAN sahaja!! Itupun kerap lewat dan kadang-kadang tercicir juga nama atas alasan kesilapan nombor akaun bank.
Maka disongsong kepada pengerusi. Pengerusi sebut perlu ada mesyuarat dengan AJK baru duit boleh keluar... wah...nak tunggu mesyuarat AJK, tak semua AJK dapat hadir setiap waktu solat berjamaah. Akhirnya yang kesempitan mungkin terpaksa memecah tabung daripada menunggu dan terus menunggu serta rasa dipermainkan oleh AJK...
Apalah kiranya jika diwujudkan wang khusus seperti peti cash (amalan di pejabat kerajaan) mengikut amaun tertentu yang dipegang oleh Imam atau Bendahari yang membolehkan ianya dikeluarkan terus untuk bantuan. Namun ironisnya, untuk jamuan makan tiada pula had, khusunya dalam sambutan tertentu seperti majlis maulid dan sebagainya hingga kadang-kadang berlaku pula pembaziran..?
Adalah sesuatu yang memualkan pabila hanya kerana RM2 tabung masjid, dipenjara dua tahun. Apakah sikap AJK masjid dan surau yang sanggup memenjarakan orang yang memang kesempitan daripada mendengar rintihan mereka? Kalaupun dia itu sang penagih sekalipun, layanlah ia dengan sebaiknya? Bukankah Rasul SAW di turunkan sebagai rahmat untuk sekelian alam? Bukan sebagai pengganas dan penjahat sebagaimana yang diilhamkan oleh barat dan sekutunya menerusi pelbagai medium. Jika sikap penguasa agama terus-terusan seumpama ini,maka sesungguhnya mereka ini lebih teruk daripada pembikin filem innocence of Islam,kerna mereka ini mempamerkan akhlak yang jauh dari ajaran Nabi SAW tetapi dalam masa yang sama mereka berlagak mempertahankan Islam itu sendiri...
Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.
Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
"Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
"Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul," katanya.
Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ulasan