Maulid di sana sini - Abdul Uzza pelopor acara sambutan maulid?
Bermula dari tarikh 12 Rabiul Awwal, yang dipercayai oleh jumhur muslimin di seluroh pelusok dunia Islam, khususnya di rantau asia tenggara, hampir setiap hari ada sahaja masjid dan surau ataupun organisasi yang menganjurkan program meraikan kelahiran Junjungan Agung Muhammad Rasulullah SAW...
Penulis masih lagi teringatkan sirah yang jelas menyatakan bahawa manusia yang paling gumbire dan boleh dikatakan pelopor kepada sambutan maulid (mengikut acuan sambutan mutakhir) ini ialah seorang lelaki yang merupakan bapa saudaranya, Abdul Uzza bin Abdul Mutallib, atau dikenali sebagai Abu Lahab. Beliau ini dikatakan terlalu gembira dengan berita kelahiran anak kepada adik kandungnya, Abdullah yang telah terselamat daripada menjadi korban sebelum itu, dan juga telah meninggal dunia lebih awal sebelum sempat menatap wajah bercahaya anaknya, Muhammad. Hinggakan diriwayatkan bahawa Abu Lahab telah memanggil cahaya mata terkini Bani Hasyim itu sebagai anakku...
Untuk mensyiarkan kegembiraan itu, beliau dikhabarkan telah menyembelih 100 ekor unta sebagai menjamu seluroh penduduk makkah. Ironinya, beliau sebelum itu dikenali sebagai seorang yang sangat kedekut hinggakan untuk membebaskan hamba sekalipun tidak pernah dilakukan olehnya.
Tetapi sayang sekali, sebaik sahaja Muhammad b Abdullah mengisytiharkan perihal wahyu dan kenabiannya, beliau ini yang merupakan pengajur atau pelopor kepada majlis maulid ini, merupakan orang pertama dan utama menentang usaha dakwah anak saudara yang dikasihi itu...sungguh pelik..
Maka kadang-kadang kita juga perlu berfikir secara lebih kritis dan berani. Apakah perlunya membelanjakan ratusan ribu RM untuk melaksanakan sambutan maulid peringkat perdana, atau kebangsaan, atau organisasi sedangkan masih ada diantara kita yang masih sangat memerlukan bantuan berbentuk kewangan untuk meneruskan kehidupan ataupun untuk meneruskan pengajian? Adakah ianya benar-benar dapat 'menambat' hati junjungan agung atau sebenarnya jika setiap kali diadakan sambutan maulid, kalaupun dikatakan WAJIB dilaksanakan, apalah salah kiranya amaun yang dibelanjakan itu ditukar kepada bentuk pemberian kepada para fuqara dan juga gharimin atau sabilillah?
Kita menjadi penganjur majlis maulid saban tahun, namun dalam masa yang sama kita masih enggan dan tidak mahu mempraktikkan ajaran Rasul SAW dengan sebanr-benarnya? Seumpama seorang murid yang rajin ke sekolah, tetapi enggan memakai uniform sekolah dengan alasan uniform itu sudah tidak realistik. Dia tidak menolak pakaian kemeja putih dan seluar hijau atau biru dengan kasut putih sebagai uniform sekolah tetapi ia enggan untuk memakainya kerana dianggap ketinggalan zaman dan tidak up date... Adakah pelajar seumpama ini akan dibenarkan meneruskan pengajian di mana-mana sekolah bantuan penuh kerajaan? Sudah pasti ia akan dihalang dan tidak diberi kebenaran. Nah....bagaimana pula dengan seorang yang mengaku menjadi pengikut Muhammad SAW tetapi enggan melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah? Adakah rasulullah SAW akan mengakui dan menerima orang seumpama ini selaku pengikut dan ummatnya?
Adakah dengan penganjuran majlis maulid tahunan yang melibatkan perbelanjaan yang besar ini mampu mengangkat martabat umah? Adakah dengan menganugerahkan gelaran tokoh maulidurrasul akan berjaya menyelesaikan kemelut ekonomi ummah yang kian meruncing? Adakah dengan membuat perarakan mengelilingi negara sekalipun dapat merangsang manusia untuk mengikuti rasul?
Sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam komentar tahunan penulis, acara perarakan tahunan memperingati kelahiran Rasul selalunya akan bermula dari waktu dhuha dan diakhiri dengan acara makan dan ceramah. Masjid akan dipenuhi dengan pelbagai manusia dengan kepelbagaian ragam dan juga warna. Kemudian, apabila sang bilal melaungkan azan untuk solat zuhur, yang berdiri di saf sebelum takbiratul ula hanya muka yang sama saban hari. Dimana perginya jamaah perarakan tadi? Mereka kelihatannya bertebaran di muka bumi. Ada yang duduk sahaja di kedai kopi berhampiran. Ada yang sibuk seolah mencari sesuatu di pekan dan pelbagai ragam lagi. Dimana semangat kecintaan mereka terhadap junjungan.....jangan kita jadi penerus kepada budaya abdul uzza..
Para ulama kecil yang kerap mendapat habuan sepanjang program maulid tahunan melalui undangan ceramah hendaklah lebih bertaqwa dan fikirkah sejenak. Benarkah apa yang dilakukan selama ini. Tidak beranikah untuk menegur sebarang bentuk pembaziran semasa acara maulid dan apakah implikasinya atau kesan majlis ini dalam kehidupan ummah? Tidak pernahkah para akademis pengajian syariah di timur dan barat ingin membuat kajian khusus mengenai kesan majlis seumpama ini terhadap akhlak dan muamalah umat? Adakah ianya berjaya memberikan impak berskala besar atau seqadar memnuhi tuntutan adat yang bersulam atas nama agama ? Janganlah terlalu keras dalam mempertahankan majlis maulid sebagaimana yang ada sekarang. Jangan segera menunding jari kepada para pengkritik majlis seumpama ini sebagai agen wahabiah. Tahukah kita siapa sebenarnya yang memulakan sambutan seumpama ini? Mereka adalah pemerintah kerajaan fathimiyyah di mesir. Siapakah fathimiyyah itu? Mereka adalah kerajaan syiah yang sekarang amat dibenci dan hampir diperangi oleh kerajaan sedia ada. Maka apakah meraikan maulid ini seolah meniru-niru perlakuan kaum yang dianggap sesat itu?
Biarkan ulama sahaja yang menjawabnya.....
Ulasan