Gila untuk menjadi fasi? : Fenomena terkini veteran fasi

Dunia fasi masih lagi berlegar dan bermain-main di fikiran sesetengah veteran perang fasi. Penulis sebenarnya ingin 'melarikan' diri daripada sebarang kenangan dan perkara yang bersangkut paut dengan bidang ini. Bukan kerana sudah mual. Tidak pula kerana benchi. Jauh sekali dek kerana dendam (tak memasal?)


Cumanya beberapa hari yang lepas, gajet ini dilayangi panggilan dari veteran perang fasi yang merupakan salah seorang pakar stategis yang sudah begitu lama tidak menyertai perang gerila fasi. 

"Kau ada maklumat pasal program &**%%?"

"Tak dek sheikh...."

"Kalau begitu tak pa..."


Lebih kurang begitu perbualan kami. Veteran perang fasi ini kedengaran suaranya begitu teruja untuk menyertai program terkini yang bakal berlangsung sekitar minggu hadapan khabarnya. Tapi sayang, pintu masuk ke program tersebut telah ditutup serapat-rapatnya. Tiada siapa lagi di kalangan veteran yang mampu menerobosnya lagi..

Program yang telah dimasukkan ke dalam taqwim itu khabarnya tidak mengundang veteran selain yang berada di pusat penganjuran sahaja. Namun para fasi yang juga merupakan sahabat sepermainan semasa peperangan fasi sedang hangat beberapa ketika dahulu pun langsung tidak membuka cerita. Maka adalah SANGAT MENJENGKELKAN jika penulis cuba bertanya.....

Dan panggilan itu sebenarnya mula mengembalikan rangsangan dan secebis ingatan terhadap program atau aktiviti sambilan penulis sepanjang bersama dengan organisasi ini, iaitu aktiviti sebagai seorang fasilitator...Sudah lama rasanya penulis cuba 'menanggalkan' segala kenangan, bisikan, berita, perbicaraan, kenangan, gambar atau apa sahaja perkara berbentuk visual, audio dan sebagainya yang ada kaitan dengan dunia kefasilitatoran. Namun tiba-tiba bisikan mesra dari veteran dan strategis fasi terkemuka suatu ketika dahulu telah menyebabkan segala yang berkaitan dengan dunia itu menerpa semula...


Tetapi rasanya tidak terlalu sukar untuk menutupnya kembali. Ingin rasanya penulis membuang segala yang berkaitan ke lautan hitam yang kutahu pasti tidak akan dijumpai lagi....(cewah...)


Ingin rasanya penulis menutup tulisan berkaitan dunia kefasilitatoran ini dengan ucapan selamat tinggal dunia fasi organisasi. Nampaknya penulis tidak dialu-alukan untuk meneruskan perjuangan. Senjata perlu dipulangkan atau dimusnahkan atau ditanam atau dibuang ke lautan hitam...

Wallahu a'lam





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol