Islam Hanya Pada Doa?
Benarkah Islam kini hanya ada pada doa semata?
Apabila sesuatu majlis rasmi diadakan, doa adalah merupakan salah atu agenda wajib yang wujud dalam tentatif program. Biasanya ulama akan dijemput dan didatangkan khas untuk mengetuai bacaan doa. Mungkin kerana mematuhi kehendak Perlembangaan yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan ...
Maka selepas bacaan doa ataupun kadangkala sebelum bacaan doa, maka didatangkan sang penari lelaki dan perempuan membuat tarian melayu asli bersama dengan ditonton oleh sejumlah hadirin. Adakah tarian bersama-sama lelaki dan perempuan di atas pentas dengan kaedah penutupan aurat yang tidak sempurna mengikut syariat itu boleh diterima dan mendapat sedikit 'saham' dari doa yang diaminkan?
Sebuah keluarga makan di sebuah warung. Sebaik hidangan tiba, si bapa mengarahkan anaknya membaca doa makan. Dengan penuh adab, doa dibaca dan diaminkan. Kemudian kesemua ahli keluarga menjamah makanan. Sayangnya, si bapa hanya berseluar pendek di atas lutut, manakala sang ibu tidak pun menutup aurat. Adakah ini yang dikatakan Islam?
Apakah kita menjadi semakin keliru untuk pelaksanaan Islam itu sendiri? Adakah kita tersalah mendapat pendidikan ataukah kita yang terlalu jauh dengan para ulama untuk kita memahami syariat Muhammad SAW?
Wallahu a'lam
Ulasan