Hijrah....perit tetapi buahnya manis, Insya Allah
Dan surat arahan hijrah yang berterbangan di awal hari Rabu agak memeranjatkan. Isu bermula bila seseorang upload status terkini di FB yang boleh ditafsirkan bahawa beliau telah mendapat satu bentuk arahan untuk berhijrah setelah sekian lama berada di pejabat tersebut...
Dan tiba-tiba juga muncul sang pemungut surat di muka pintu mengatakan bahawa ada surat khas untuk penulis yang seakan arahan jua untuk hijrah. Hati sebenarnya agak teruja.
"Kan surat tu yang selalu kau tanya..."
Begitulah kata sang pemungut surat. Memang benar penulis rajin bertanya kepada beliau mengenai surat khas bersampul untuk penulis. Namun tiadalah sebenarnya ternawatu untuk berpindah. Hanya seqadar membuat gurauan dengan sang pengambil surat.
Namun suasana pada pagi Rabu itu agak menggusarkan. Dengan kadar segera memanjat tangga menuju ke bilik setiausaha bos besar. Untuk menjenguk surat keramat yang dikatakan itu.
Wah memang benar rupanya surat arahan hijrah. Yang agak memeranjatkan ialah lokasi pejabat baru yang langsung tidak terjangka.
Dan Khamis waktu zawaal majlis meraikan perpindahan diatur oleh rakan sepejabat. Jamuan agak berat dan menyelerakan. Ucapan al fadhil agak berat dan bisa meruntun babak kesedihan. Penulis berkhidmat di jabatan ini selama lebih kurang empat tahun satu bulan sahaja. Sebelum ini berada di pejabat lain sekitar dua tahun. Sebelum itu hanya enam bulan. Cuma di jabatan awal sahaja agak lama empat tahun enam bulan...
Rupanya tidak sampai lima tahun, penulis akan berangkat ke pejabat baru. Mungkin di pejabat terkini skitar tahun 2018 atau 2019, seandainya tidak berlaku peperangan, penulis akan bertukar lagi....
Walaupun hati berat untuk melangkah ke pejabat baru, namun sebagai seorang penjawat awam, kemana sahaja yang diarahkan untuk bertugas, maka kesitulah kena bertugas. Tiada sebarang rayuan yang bakal dilayan meskipun surat boleh diutus berpuluh muka surat dengan pelbagai alasan. Banyak perkara yang boleh ditimba hasil penghijrahan. Kadangkala kita rasa mengapa perlu hijrah, apa salahnya kerja di jabatan sehingga pencen. Lebih-lebih lagi kita baru sahaja mendapat kawan yang begitu ngam. Bukan senang hendak membina persahabatan di lokasi kerja. Lebih malang jika sikap kita ini agak dingin dan agak sukar untuk mesra. Apabila persahabatn dan kemesraan mula terjalin, hijrah berlaku. Di pejabat baru mungkin mengambil masa pula untuk menjalin persahabatan baru.
Ketibaan penulis di pejabat baru dengan berpakaian baju batik di pagi Ahad disambut agak hangat meskipun dengan ketiadaan para pegawai penilai. Penulis digiring untuk dipertemukan dengan beberapa orang staf yang terlibat. Sebaik selesai acara salaman dan perkenalan, penulis bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat yang agak penting. Setibanya di lokasi, dimaklumkan bahawa mesyuarat telah ditangguhkan.
Ulasan