Negara ini memang masih aman...

Tatkala menanti makanan yang sedang dipesan siap disediakan, dipinggir pekan, dalam kawasan parlimen dan DUN dimenangi oleh pembangkang,  mata hanya tertumpu ke peti televisyen yang kelam kerana tidak dibuka sebagaimana biasa. Mungkin kerana hujan yang melebat sejak maghrib tadi menyebabkan gangguan terhadap pancaran astro sebagaimana yang kerap berlaku apabila hujan.

Pabila air epal tiba dihidangkan, tumpuan terus fokus kepada air tersebut. Tatkala nasi goreng udang tiba, tumpuan menjadi semakin fokus. Baru sesuap masuk ke mulut,

" boleh tolong ka kawan? Lu ada itu jack kereta?"

"Apahal?"

"Gua punya kereta tayar sudah masuk longkang?"

"Mana?"

"Itu dekat sahaja..."

Kaki terus bergegas untuk mencari jack kereta. Sebenarnya penulis sudah terlupa lokasi alat berkenaan...

Tatkala teraba dalam gelap bonet belakang kereta yang tidak dibekalkan dengan sebarang cahaya lampu, sekonyong-konyong nyoya tadi muncul,
"Itu barang ada bawah sini,..." sambil menyelukkan tangannya ke dalam suatu sudut yang agak dalam di dalam bonet yang gelap.
"Nanti saya pulangkan,..."

Penulis terus mengekori nyonya tersebut menuju ke lokasi kejadian. Benar sebuah kereta agak mewah berwarna gelap termasuk sebelah kiri tayar ke dalam longkang. Kelihatan tiga orang anak muda sebangsa penulis sedang sibuk membantu...


Pada mulanya dijek pada bahagian tepi berhampiran tayar yang terbenam. Kemudian dijek pula pada bahagian hadapan. Keadaan masih belum pulih. Tiga anak muda sebangsa ini tidak kenal erti kalah. Mereka terus mencuba untuk membantu. Akhirnya selepas kira-kira 20 minit, misi penyelamat berakhir dengan jayanya. Nyonya begitu gembira dan berterima kasih. Anak muda pulang semula ke restoran dan nyonya bergerak pulang.
Ironisnya kejadian ini berlaku dalam kawasan parlimen dan DUN pembangkang, yang kununnya sangat cauvanis. Apabila wakil rakyat mereka begitu, maka pasti rakyat dalam kawasan juga bersikap lebih hebat. Tentu perasaan assobiyyah mereka akan semakin menebal dan galak.


Tetapi itu rupanya hanya retorik dan permainan mereka yang kalah. Sistem tetap berjalan seperti biasa. Cuma permasalahan rakyat akan senantiasa menjadi agenda yang paling utama.

Bersandarkan kepada contoh, negara ini sebenarnya masih aman. Rakyat masih hidup dalam suasana harmoni dan menghirup udara semangat kenegaraan yang begitu segar. Hanya ada sebahagaian kecil langau perosak yang suka mendengung pabila disibukkan dengan seketul najis di tengah jalan....langau seumpama ini andai dihalau, lari sebentar namun degil dan gilanya pada najis menyebabkannya datang dan datang lagi walau dihalau ribuan kali....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol