Anak muda kita sudah tiada kesucian lagi?

Pabila kita diberi peluang untuk membuat satu bentuk kajian atau penyelidikan dengan mengambil sample seramai 130 orang pelajar lelaki berusia di antara 13 ke 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di hujung anjung selatan semenanjung emas, di dapati bahawa hanya EMPAT orang sahaja daripada jumlah keseluruhan sample tersebut yang mengaku mengerjakan solat lima waktu sehari semalam...!!

Ini bermakna lebih kurang tiga ke empat tahun dari sekarang ada kemungkinan masjid dan surau akan ketandusan jamaah


Hasil perbualan dengan tiga orang pemuda berlainan usia, kesemua mengaku pernah melakukan perbuatan berunsur seks ataupun pernah mengadakan hubungan seks dengan pasangan dan juga dengan seseorang yang jauh lebih berusia, dan yang paling memeranjatkan, salah seorang dari tiga pemuda itu mengaku pernah bercumbuan dengan pelajar perempuan tatkala mereka sama-sama berada di tahun empat , iaitu ketika berusia seawal 10 tahun...

Mereka ini bakal mewarisi negara yang aman makmur serta dikatakan sebuah negara Islam - mengikut pengisytiharan pimpinan teragung mereka beberapa tahun lepas. Mereka ini akan keluar selaku guru, pentadbir, peniaga, pemimpin bahkan banyak lagi profesion profesional yang bakal digalas ke pundak mereka tatkala tiba masanya.



Mereka ini juga sekurang-kurangnya akan menjadi seorang suami dan bapa serta memimpin anak-anaknya... Adakah pemuda seumpama ini akan diangkat selaku salah seorang menantu di antara kita? Relakah kita menyerahkan anak-anak perempuan kita kepada pemuda yang jarang mengerjakan solat, pernah menikmati persetubuhan haram atau sekurang-kurangnya menikmati perlakuan yang disitilahkan sebagai 'ringan-ringan' dan akan menumpahkan benih mereka ke dalam rahim anak keturunan kita kelak dan kemudiannya mewarisi gen bapa mereka yang jauh dari ajaran Allah dan RasulNya....

Apakah generasi ketiga ini akan meneruskan kelangsungan hidup bapa mereka kelak, ataukah menjadikan generasi tersebut semakin liar, ataukah mereka kelak akan mendapat hidayah dan kembali kepada Allah?




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol