Menakutkan kanak-kanak dengan hantu

Tatkala berkunjung ke rumah bapa saudara di lembah kelang, agak teruja dengan keadaan fizikal rumah yang pada pandangan penulis simple, tetapi sangat nyaman dan menarik. Dari luar kelihatan biasa sahaja dengan deretan tanaman pepohonan dan juga pokok bunga. Apabila melangkah kaki ke dalam ruang tamu, kita sudah terasa seolah berada dalam zaman inggeris. Dengan lantai mozek yang berbeza dengan yang ada di rumah seperti itu pada ketika ini ianya telah menampakkan keterujaan.


Apa yang menarik, apabila anak-anak penulis membuat bising di dalam rumah dan keadaan menjadi hampir tidak terkawal, bapa saudara telah menakuti anak-anak ini dengan mengwujudkan dalam pemikiran mereka bahawa wujud 'jin' yang menjadi sahabatnya di dalam pasu besar yang wujud di dalam rumahnya. Kununnya sahabat itu sedang tidur dan akan tersedar bila mendengar suara anak-anak membuat bising. Apabila ini berlaku, jin tersebut akan mengambil anak-anak tadi masuk ke dalam pasu besar.
Meskipun ianya dibuat secara lelucon, dan dinafikan oleh anak penulis namun ianya berjaya mententeramkan keadaan buat sementara waktu.

Begitu juga dengan kaedah yang digunapakai oleh ibu mertua penulis buat mententeramkan keadaan anak-anaknya sewaktu kecil, mengikut apa yang diriwayatkan sendiri oleh isteri penulis dan disahihkan oleh adik ipar penulis.

Maka kita dapat fahami antara kaedah popular masyarakat melayu guna untuk mententeramkan jiwa anak-anak mereka di waktu malam adalah dengan menakut-nakutkan mereka. Kaedah ini dilihat hampir berjaya apabila kita mengkaji sejarah statistik lepak di kalangan anak muda di luar rumah adalah terlalu rendah sekitar tahun 70an dan sebelumnya. Ini antara lain kerana sumbangan kisah seumpama ini yang bisa meruntun jiwa remaja agar lebih selesa berada di dalam rumah, khususnya pada waktu malam berbanding berada di luar rumah.


Walau bagaimanapun, selepas tok mat mengakhiri karier beliau selaku menteri penerangan, sekatan dan pengharaman tayangan filem berunsur seram turut berakhir. Era selepas itu menyaksikan keghairahan produser filem mengaut keuntungan maksimum dengan pembikinan filem seram. Era pasca tok mat menyaksikan seolah-olah 'pintu gerbang syaitan' telah dibuka semula.


Keghairahan melampau produser filem menyaksikan kelahiran semula filem seram tumbuh bak cendawan lepas hujan. Perkara ini akhirnya telah berjaya menghasilkan generasi penakut keterlaluan di kalangan anak-anak. Kita khuatir ketakutan yang tumbuh dan bertapak dalam jiwa anak kecil ini akan berakar dan menyebabkan ianya agak keterlaluan melebihi ketakutan terhadap pelanggaran hukum Allah.

Anak-anak kita telah didik mengenal nama-nama jolokan syaitan seperti hantu bungkus, pontianak, kuntilanak dan pelbagai penambahan anak lagi berbanding mengenal nama-nama nabi, malaikat dan sebagainya. Betapa apabila ketakutan terhadap entiti ini yang diasuh pada asalnya hanya untuk mengurangkan kenakalan telah disalahgunakan dan secara keterlaluan, maka ianya hanya membuahkan masyarakat penakut hantu tanpa ada sedikit pun percambahan keimanan dalam dada mereka...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol