Pabila sukar membezakan ulama sebenar : draf penguasaan sang dajjal hampir berjaya!!

SHAH ALAM – [Video] Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.


____________________________

Dr Asri: Kuasai ilmu sebelum kritik Dr Yusuf Al-Qaradawi isu gelatin babi

SHAH ALAM 9 JUN: Mantan Mufti, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau terkejut dengan seorang penceramah agama di negara ini mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas.
dr yusof
Katanya, ulasan penceramah itu seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri daripada ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Dr Asri berkata, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat mazhab mengharamkan babi apabila berlaku hanya khilaf tentang kulit babi.
“Sesiapa ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu,” kata Dr Asri dipetik di laman Facebooknya Dr.MAZA.
Beliau berkata, Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram.
Namun isu dibahaskan ialah istihalah yang merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
“Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya,” tulisnya.
Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Asri berkata, kenyataan penceramah itu berhujah bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amat canggung.

Beliau perlu tahu bahawa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir.
Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu.
“Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh?
“Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan,” tulisnya.
Dr Asri berkata, contoh boleh dilihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
Jika disemak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
“Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
“Hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya,” tulisnya.
Beliau berkata, fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim.
“Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna,” tulisnya.
__________
Ulama tradisional Melayu selalunya akan condong kepada kata-kata ulama perak ini manakala ulama yang condong kepada faham pembaharuan dan lebih terbuka pastinya akan melihat dengan lebih terbuka dari sudut ilmiah...Sayang sekali masih ramai ulama-ulama kita di IPTA sendiri masih berada dalam 'jerangkap kesamaran' bawaan ulama tersohor dari Perak ini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol