Nak kahwin : belanja besar : tok sah nak berangan
Penulis agak teruja dengan paparan yang ditemui di laman muka buku beberapa jam sebelum Jumaat ini. Kalaulah majoriti pemuda pemudi sanggup sebegini, urusan perkahwinan akan menjadi semakin mudah dan pintu² maksiat Insya Allah akan tertutup rapat.
Persoalannya, sanggupkah? Mungkin di kalangan tuan punya badan lagi suka, lebih² lagi pengantin lelaki. Tetapi ibu-bapa selalunya yang mahu macam². Kalau tidak pun, mereka akan terikut² rentak paluan saudara mara yang lain.
"Anak perempuan nko yang masuk universiti...inilah sorang. Takkan nko nak kawinkan dia dengan jantan tu? Dah la kerja kerani je..."
"Mak nak juga tengok cucu nenek di bersanding. Buat besar-besaran.Sebelum nenek tutup mata..."
Itu antara dialog biasa yang sering kedengaran menyebabkan ibu-bapa yang agak separuh sedar menjadi tidak keruan dan mengikut sahaja kehendak mereka yang berada disekeliling mereka. Kalau lelaki betul² nakkan anak aku, kenalah betul² sikit. Ada nak buat majlis macam gini jek?
Maka segala perkara mula diperkirakan. Dari memasang khemah, mencari catereer, mendapatkan mak andam, melantik sang pemasang pelaminan, membuat hantaran, semuanya pakai RM. Kalau seqadar pakai ikhlas dan senyuman tak mengapa juga...
Maka menjadilah medan perkahwinan itu sebagai satu majlis yang banyak menelan belanja. Paling minimum pun menjangkau RM10,000.00 Manakan tidak, untuk pakej makan sahaja satu kepala RM12.00. Jemputan pula 600 orang. Main table kira lain. Mak andam lagi hendak di bayar...uihh jenuh. Tu belum cerita door gift dan hantaran.
Arus modenisasi juga menjadikan sang artis dan model serta anak orang kaya sebagai uswatun hasanah sang dara yang ingin menjejak kaki ke pelaminan. Maka rancangan NONO (bukan nama sebenar) yang keudara setiap hujung minggu dijadikan panduan dan ikutan. Rancangan yang hanya tahu memaparkan majlis perkahwinan para ningrat dan bangsawan itu menjadi idaman dan mimpi indah sang dara.
"Kalau abang mahukan saya...saya nak buat majlis di hotel...macam tuan puteri"
Dek kerana sayang, perjaka turutkan. Biar hutang peribadi banyak manapun. Janji dapat bersama. Akhirnya selepas itu badan merana menanggung hutang.
Permudahkanlah urusan ini. Sukar sangatkah? Hatta untuk akad nikah juga, pelbagai prosedur di susun atur. Daripada sebelum mengambil borang, dengan kursus yang diadakan, tetapi pergi bersama dengan menunggang motor bersama. Sang penceramah seolah buta apabila wang ditaburkan oleh sang penganjur kursus perkahwinan. Lantaklah. Korang nak naik motor bersama ke. Nak dukung pasangannya ke. Bukan masalah aku. Janji mashyuk. Hukum hanya berputar di lidah .. terhambur bersama deraian ketawa. Namun penguatkuasaan tidak berlaku, kecuali apabila adanya bayaran OT buat sang penguatkuasa memecah masuk bilik² hotel. Terpampang pula di dada² akhbar keesokan harinya dengan tajuk yang menggiurkan sang pembaca, "Baru kenal sehari sudah relah ditiduri.." tajuk yang mengancam...
Walau kursus perkahwinan telah diikuti dengan jayanya, tidak sedikit pula yang terlibat dengan kancah perceraian selepas itu...
Pada hari akad nikah, dengan saksi yang banyak loyar buruk. Konon tidak dengar dan sebagainya. Walhal jika sang pengantin lelaki mengatakan aku terima sahaja sudah dapat mengesahkan perkahwinan. Namun ada negeri yang dikuasai perlu melafazkan qabul dengan begitu panjang, ditambah dengan nama pengantin perempuan yang berjela, hingga banyak masa terbuang di situ.
Sebelum bernikah, ada pasangan yang membuat acar pertunangan. Itu juga kadangkala menelan belanja besar. Ada yang sanggup menempah pelaminan, konon pra persandingan. Maka selepas acara pertunangan, yang sebenarnya hanya perbincangan dan mengikat janji antara dua keluarga, diadakan pula sesi fotografi. Bukan sedikit yang kemudiannya hanya mampu naik pelaminan pertunangan sahaja kerana terputus di tengah jalan. Walhal belanja bertunang, dengan majlis jamuan hampir separuh bahkan kadang² 2/3 daripada jumlah perbelanjaan perkahwinan nanti...
Wallahu a'lam
Ulasan