Sarapan di mana? Stesen Keretapi Kluang



Stesen keretapi Kluang mungkin agak terkenal di kalangan penggemar kopitiam di negara ini kerana di sinilah berasalnya beberapa kedai kopitiam di beberapa negeri seperti di Perak dan juga KL. Bermula daripada kantin biasa di stesen keretapi sejak zebelum perang dunia ke II lagi, nama stesen keretapi ini semakin melonjak naik seiring dengan lonjakan kedai makan yang ada di situ.


Namanya semakin melonjak apabila didapati terdapat campuran haiwan tidak halal di dalam ramuan kopi yang dikatakan amat lazat dan menyelerakan itu...

Penulis tidak berhasrat untuk mempromosi kedai tersebut kerana ianya sudah terlalu glamour. Acapkali stesen televisyen membuat liputan dan penggambaran di situ. Namun sejak dilanda kontroversi, ianya agak mula ditinggalkan. Sang penggemar kopi "diehard fan" juga sanggup berpatah arang dengan kerusi dan meja kedai yang menjadi lokasi kunjungan saban hari sebaik mengetahui hakikat sebenar akan ramuan yang terkandung dalam kopi kegilaan. 

"Patutlah sedap luar biase....rupa-rupanya ada haiwan luar biase..." komen salah seorang peminum tegar yang mula jijik untuk menyebut nama kedai itu lagi.

Meskipun pemilik kedai itu, yang sememangnya bukan seorang muslim, berhujjah bahawa pelanggan tidak pernah bertanya akan status halal makanan yang disajikan, namun akhirnya, mungkin kerana desakan untuk mengaut keuntungan, sang pemilik akur dan telah membuat sertu serta mendapatkan sijil halal dari pihak penguasa agama. Kini kedai itu kembali meriah. Pak haji dan pak lebai telah mula kembali ke meja dan kerusi yang menjadi lokasi permukiman harian walau pada mulanya agak malu² alah. Namun bagi penulis, ianya mungkin hanya menjadi kenangan sahaja.


Sarapan pada hari ini masih di kawasan tanah KTMB juga, tetapi lokasinya beberapa meter sahaja dari kedai kopi glamour. Ianya menempatkan sebuah warung melayu yang menawarkan makanan melayu. Di situ apa sahaja yang dihajati, Insya Allah akan dikabulkan oleh sang pemilik warung yang menebar roti saban hari. Hatta untuk minum fresh orange di pagi hari juga boleh dikabulkan dengan mudah. Namun jika membawa anak² yang masih di bangku tadika, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit masalah kerana jajan (makanan ringan) amat mudah didapati di sini!!


Mungkin menu yang paling menarik ialah mee kari. Pagi tadi, dengan sepinggan mee kari, enam biji telur setengah masak, nasi goreng sambal sotong, jajan dua bungkus, fresh orange dua gelas, milo ais segelas, air kotak susu dua, berharga RM34.00...

Untuk ke sini, tidaklah terlalu sukar kerana jalannya mudah. Tanda anda telah sampai di kawasan ini apabila anda bertemu dengan pejabat pos bandar kluang. Namun untuk meletak kenderaan agak sukar kerana kawasan yang agak sempit dan didominasi oleh  pemilik kenderaan yang mahu bersarapan di kedai kopi kontroversi. 

Meletak kenderaan disini juga dikenakan bayaran RM1.00 tanpa mengira berapa jam anda meletakkan kenderaan anda. Namun jika anda meletakkannya sehari suntuk sehingga selepas jam 6 petang, kenderaan anda akan dapat perkir percuma kerana penjaga pondok tol telah pulang ke rumah selepas waktu tersebut.

Lokasi : http://www.instantstreetview.com/1qbjdpz5dryriz2agzoxz3s

Jom sarapan di sini....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol