Selamat Datang 2015

Segala puji bagiNya yang telah menemukan kita dengan Januari 2015. Manusia di belahan semenanjung emas ini menyambut tahun baharu masihi 2015 berlawanan daripada apa yang biasa dilaksanakan saban tahun. Ianya seolah bersamaan dengan sambutan tahun masihi pada 2005. Pada waktu itu, PM yang  bertanggungjawab telah melarang segala bentuk sambutan tahun baru disebabkan oleh berlaknya tragedi tsunami yang melanda acheh dan juga beberapa kawasan termasuk beberapa pantai di semenanjung emas.

Pada malam sambutan 2015, ada kelainan dari 2005 pada waktu itu. Malam 2015 disambut dengan dengungan takbir sebanyak tujuh kali .. Ianya nyata jauh berbeza daripada biasa.



Apa yang boleh dipelajari di sini?

Pertama,

PM mempunyai kuasa untuk meneruskan acara atau membatalkan segala apa yang sepatutnya berlaku semasa acar sambutan tahun baru masihi. 

Kedua,

Nama Allah dibesarkan dan diagungkan pada malam tahun baru masihi secara rasmi buat pertama kalinya sejak mencapai kemerdekaan negara.

Ketiga,

Manusia yang tertimpa musibah akan segera kembali kepadaNya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) berucap sebelum menunaikan solat Isyak ketika hadir pada Majlis Mensyukuri Kehadiran Tahun Baru 2015 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, malam Tabu. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga, kanan). -fotoBERNAMA

KESIMPULAN

6:63


Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur".Al An'am : 63

11:10

Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai) Hud : 10

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol