Tahanan di pulau : sebuah pengalaman
Sekitar jam 0530 pagi waktu pada jam tangan dan juga yang tertera di muka gajet, bas yang ditumpangi telah melintasi jambatan terpanjang di asia untuk masuk ke pulau yang diperintah oleh sebuah pakatan. Permukaan selat yang memisahkan pulau dengan tanah besar kelihatan tenang menyambut fajar yang masih belum timbul.
Tatkala pintu bas di perhentian terbuka, penulis disambut ramah oleh para pemandu teksi yang menawakan sewaan teksi ke lokasi yang diingini.
"Itu tempat...RM15.." kata taukeh sebuah kereta sewa.
"Dekat saja sudah mahal ka..."
"Murah u naik bas..."
Belum pukul enam pagi dah ada bas?
Penulis terus menuju ke seberang jalan tempat yang sama sewaktu penulis tiba di stesen bas tersebut lebih kurang lima bulan yang lepas. Bertemu dengan seorang penduduk tempatan.
"Kalau nak ke... tunggu bas di sini ke?" penulis bertanya selepas memberi salam.
"Ye betul.."
Kemudian muncul seorang lelaki muda berbangsa tionghua dengan membawa bagasi yang agak besar. Ternyata dia juga mahu ke lokasi yang sama.
Bas yang ditunggu akhirnya tiba jua. Di pintu bas OMO itu, penulis bertanya adakah lokasi yang dituju akan dilalui oleh bas tersebut. Selepas mendapat pengesahan, harga tiket sebanyak RM1.20 dibayar.
"U dari mana" penulis mula membuka perbualan.
"Dari Melaka.."
"Dari sana jam berapa?"
"Sepuluh malam..."
"Awak dari mana?"
"Oh saya dari Johor...bas pukul 9 malam...tiba jam 5.30 pagi..."
Belumpun panas tempat duduk, kami telah tiba di lokasi yang dituju. Menyeret bagasi masuk ke dalam kawasan luas melalui pintu pagar. Kami berpisah di lokasi balai pengawal. Penulis terus masuk ke perut masjid. Meninggalkan beg dan kemudiannya bersuci.
Azan subuh yang hening memecah kesunyian subuh. Subuh pertama di pulau tahanan.
Seusai solat berjamaah, penulis bertemu dengan seorang lelaki muda juga berasal dari negeri yang sama tetapi berlainan daerah. Selepas bersembang lebih kurang, kami bersetuju berjalan bersama menuju ke lokasi pendaftaran.
Lokasi pendaftaran asrama beliau tidaklah begitu terpisah jauh dengan masjid berbanding lokasi pendaftaran penulis. Dikhabarkan bahawa lokasi tersebut terletak di bukit yang paling jauh.
Penulis cuba menunggu di hentian bas yang disediakan seawal jam 7.30 pagi. Sehingga jam 8.45 pagi, tiada sebutir bas pun yang melalui laluan tersebut. Akhirnya, terpaksa menyeret kembali bagasi untuk ke lokasi pendaftaran asrama. DI pertengahan laluan, bertemu dengan salah seorang petugas, namun tiada sebarang janji akan wujudnya bas di laluan sepagi ini.
Penulis akhirnya singgah menikmati juadah sarapan di hostel yang berhampiran. Setelah selesai, penulis nekad untuk berjalan ke sana. Selepas melintasi jambatan, bertemu dengan beberapa orang yang sedang menunggu kenaikan. Penulis merasa, apa salahnya kalau mencuba nasib untuk sekali lagi menunggu..
Tidak sampai lima minit, telah kelihatan kenderaan pengangkut. Bukan sebesar bas. Tetapi tidak sekecik kereta. Kenderaan buggy. Segala puji bagiNya..
Kenderaan pengangkut tersebut masih gagal untuk menemui lokasi sebenar. Ia hanya mampu tiba di sebuah perhentian. Penulis perlu bertukar kenaikan. Sebuah bas berwarna biru.
Selepas 10 minit, bas bergerak perlahan dan membawa para penumpangnya melintas pintu masuk kedua, dan kemudian melintas jalan dua lorong yang agak sibuk, mendaki bukit menuju ke asrama yang akan menjadi pusat penginapan sementara kami yang bakal bermukim selama lebih kurang 11 hari...
Penulis di tempatkan di bilik yaneterg agak hampir dengan kawasan untuk ke kafeteria dan juga surau bersama seorang sahabat baru yang juga berasal dari selatan tanah air semenanjung emas.
Penulis tiba agak awal. Sekitar jam 11 pagi. Sempat membuka note book untuk melihat dan setting wifi dengan persekitaran percuma milik institusi. Sekitar jam 12, rakan sebilik tiba di muka pintu dengan beg besar seolah hendak menunaikan umrah. Beliau ini mengambil penerbangan dari Senai ke Bayan Lepas.
Sekitar jam 2 petang, kami bergerak untuk membuat pendaftaran. Berjalan kaki menyusuri bangunan hostel yang menjulang tinggi seperti hotel. Kami tidak tahu akan kewujudan bas untuk mengangkut kami ke kawasan pendaftaran. Berjalan kaki melalui kawasan terik tanpa lindungan, agak menyesakkan...
"Eh...tu ada perhentian...Ntah² ada bas?"
Kami mengambil keputusan untuk menunggu. Datang beberapa orang juga turut menunggu di situ. Sebenarnya kami tiada idea. Sama ada untuk meneruskan jalan kaki atau menunggu bas yang belum pasti.
"Aihh...macam da lambat nih..." gerutu sahabat baru.
Lebih kurang 20 minit, kelihatan kelibat sebuah bas biru di hujung jalan. Ya...bas yang telah berbudi mengangkut sebahagian besar dari kami ke kolej kediaman sementara kami pagi tadi.
Bas berhenti di hentian bas kami dan kemudian meneruskan perjalanan lalu berhenti di hadapan kolej kami pula.
"tak pa...lepaih ni kita tunggu sini je..."
Bas kemudian meneruskan perjalanan dan akhirnya berhenti di jejantas.
"hanya di jejantas?"
Dari jejantas berbumbung kami berjalan kaki menuju ke padang kawad. Di situ, terletak beberapa bangunan yang akan menjadi kawasan untuk kami membuat pendaftaran.
Suasana di situ multi sesak dengan kesemua yang terlibat menuju ke hanya beberapa kaunter untuk membuat pendaftaran. Meskipun di bawah teduhan, tetapi manusia yang berhimpit seolah bertawaf di kaabah. Hampir satu jam kami terperangkap untuk membuat pendaftaran. Beberapa minit sebelum jam empat petang, baharulah pendaftaran selesai dibuat.
Kami kemudian berjalan pantas untuk ke dewan kuliah yang agak jauh. Nak mengharapkan bas, rasanya agak jauh dan sukar dan boleh menyebabkan kami 'kehilangan' aura kelas pertama kami.
Kami tiba jua akhirnya ke bangunan kelas dalam keadaan yang agak mencungap-cungap.
Kelas pertama dipandu oleh seorang tua bergelar dato. Isi penyampaian adalah amat bagus bagi pensyarah yang seusia beliau.
Selesai, kami bergerak perhentian bas untuk mendapatkan bas pulang ke hostel. Tak sanggup nak menapak lagi.
Tiba di hostel agak lewat petang. Kami berehat dan mentakhirkan acara solat kami.

Ulasan