Kesatuan ummah menerusi masjid: benarkah terlaksana?
Kita mungkin biasa mendengar kalimah ini. Kalimah berbaur dakwah yang nyata. Bahawa kesatuan ummah itu haruslah bermula di masjid. Di masjid didirikan jamaah solat. Diajar kepada muslim yang hadir agar mematuhi ketua, iaitu imam. Diajarkan juga kepada jamaah agar berdisiplin semasa solat berjamaah. Solat jamaah bukan seqadar solat bersama, tetapi perlu ditegakkan dengan pelbag lebih sedapai jenis disiplin, contohnya berdiri di dalam saf, meluruskan saf, masuk ke dalam saf sebaik selepas iqamah dialunkan oleh muazzin, tidak memulakan saf baru sebelum sempurna saf sebelumnya dan pelbagai jenis disiplin lagi.
Al quran memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap muslim yang mampu memakmurkan rumah-rumah Nya.
Walau bagaimanapun, adakah sebenarnya jamaah masjid ini telah bersatu?
Di dalam satu qaryah, terdapat satu masjid, dengan lima surau yang sangat berhampiran, hinggakan suara azan di antara satu sama lain dapat didengari dengan jelas dan seolah berlumba² pula untuk menghabiskan kalimah azan, atau suara muazzin manakah yang mampu menjuarai kilauan emas..?
Adakah ini yang dinamakan bersatu...?
Apabila di dalam qaryah satu masjid lima surau itu, pada waktu subuh, hanya mencatatkan sekitar 30 jamaah di masjidnya, 10 orang jamaah di surau 1, 15 orang jamaah di surau 2, 7 orang jamaah di surau 3, 18 orang jamaah di surau 4, dan lima orang jamaah di surau 5?
Cuba bayangkan jika tiada surau...hanya ada satu masjid, bukankah jamaahnya akan menjadi seramai 85 orang jamaah? Dengan satu imam dan satu muazzin dan satu bangunan solat bersama. Tentu ianya akan membuahkan ukhwah yang lebih erat.
Terdapat satu qaryah berhampiran yang merupakan sebuah taman perumahan. Tiada sebarang surau yang dibina meskipun jarak kebanyak rumah adalah agak jauh dari bangunan masjid. Tetapi jamaah setiap waktu di masjidnya tidak kurang daripada tiga saf. Masjidnya agak besar dan begitu meriah. Di sini nampak kesatuan. Di sini nampak kesefahaman. Di sini nampak perpaduan.
Jamaah di qaryah tersebut bukan beromong kosong tentang perpaduan ummah. Jamaah di kawasan tersebut tidak pernah tertipu dengan retorik kesatuan dan kesepakatan di masjid. Segalanya bermula di masjid. Penduduk taman akan saling kenal-mengenali di antara satu dengan yang lain. Tidak timbul jamaah yang berbeza bangunan dan menimbulkan syak wasangka.
Tetapi siapakah kita untuk bertindak...
Tetapi siapakah kita untuk bertindak...
Ulasan