Hari² terakhir di sebuah pulau ...

Pagi Khamis 10 Rabiul Akhir...tiada kelas sehingga ke jam 4 petang...Yahooo..yahoo le jawabnya. Sempatlah berjimba-jimbaan.

Malamnya seusai test, da start main game. Mujurlah tak leh nak online. Kalau boleh, rasanya penulis tidur mungkin selepas subuh kot. Tak on9 pun tidur pukul 2 pagi...

Kelas jam 4 petang ialah kelas ekonomi. Subjek yang agak pedih dan pahit untuk ditelan. Ada revision yang dibuat oleh pihak lecturer. Alhamdulilla. Fahamlah sikit tajuk² awal tu...Kelas pun hanya satu jam sahaja.

Selesai kelas, kami bergegas-gegasan keluar pagar. Kunun untuk mencari makan di luar. Singgah di warung chua kuew teow. Itu sahaja namanya dan itu sahaja menunya. Ada tiga saiz, kecil, besar dan special. Memandangkan perut seperti tak makan satu hari, kami order yang bersaiz besar. Masa yang diambil untuk penyediaan tidaklah terlalu panjang. Bila tiba di meja,

"Apa beza dengan saiz kecil"

"aku rasa udangnya...jumlah udang.."

Maka terpaksa dimakan juadah itu dalam keadaan terkulat-kulat sebab sedikit dan perut agak lapar separuh melampau. 

Seusai makan, kami bergerak ke dewan yang agak jauh dari masjid al malik khalid. Kami menyempurnakan maghrib di surau berhampiran.

Kelas malam agak menyeronokkan. Meskipun topik agak heavy, namun kami masih mampu tertawa dan berada dalam keadaan yang amat selesa. Kredit kepada lecturer hebat kami!!

Malam Jumaat .. hanya dihabiskan dengan mengadap lap top dan akhirnya tertidur...

Jumaat adalah hari tanpa kelas. Alangkah indahnya jika esok tiada PB. Dek kerana adanya PB, kami masih tertahan satu hari lagi. Kami melangkah ke masjid sekitar jam 11.45 pagi. MAsa yang agak awal. Namun kami hanya masuk ke perut masjid sekitar jam 1.15 tengahari dek kerana 

a. Menunggu bas berjalan ke jejantas mengambil masa lebih kurang 10 minit;
b. menunggu bas yang tak kunjung datang dari jejantas, maka terpaksa merentas kepanasan padang kawad. Singgah di kafe untuk brunch;
c. Menunggu bas selepas brunch, bas lalu di perhentian sambil menggoyang tangan menandakan ini masa rehat...
d. terpaksa berjalan kaki ke masjid

Di kawasan mengambil wudhuk, dipertemukan Allah dengan seorang rakan lama. Faizal Ishak...dia pun further juga rupanya di sini. 

Seusai solat, kami ke bangunan pejabat untuk menjelaskan esaimen yang tertunggak. Kemudian pulang ke bilik yang menjadi 'sarang' kami untuk istirehat...Bila nak study PB akhir?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol