Sketsa bas biru dan bas pink

Kenaikan utama pelajar marhain di sepanjang 11 hari yang menyeronokan ini (ayat cubaan meneutralkan emosi) ialah bas berwarna biru dan kemudian transit serta bertukar kepada bas berwarna pink, atau dalam kalangan orang yang berbahasa melayu akan menyebutnya sebagai berwarna merah jambu. Bas biru ini merupakan keperluan utama kepada penghuni bangunan tersergam di puncak desir angin, bangunan paling jauh dan paling tinggi dari kampus utama. Apabila anda ketinggalan bas biru yang akan berhenti dihadapan bangunan penginapan, ada kemungkinan anda terpaksa menapak sejauh kira² lima KM untuk menuju ke jejantas dan kemudian mengambil bas pink untuk menuju ke kelas. Jika anda tidak bernasib baik, dari hentian selepas jejantas, anda mungkin terpaksa berjalan kaki menuju ke kelas. Bukan sekali dua penulis dan beberapa rakan terpaksa menapak ke kelas di bawah pancaran terik sang mentari...

Mungkin bagi pelajar lelaki, kelihatan marcur berjalan dengan penuh bergaya ke kelas di bawah terik mentari. Bagaimana pula dengan keadaan ibu² yang kuat semangat itu?

Apa yang paling mengharukan, apabila kelas anda habis jam 11 malam. Bas pink mungkin masih boleh didapati untuk menuju ke perhentian transit. MAsalah timbul apabila bas biru yang sepatutnya ada di hujung jejantas menghilangkan diri. BAyangkan seorang ibu muda yang hamil lima bulan terpaksa menapak naik ke penginapan yang berada di puncak desir angin, tatkala waktu malam yang dingin dek gigitan angin dari puncak tinggi?

Bayangkan jika ibu muda itu isteri kita? Apakah kita hanya tersenyum sahaja memerhati atau kita akan mengamuk sakan di pejabat penyelaras bas kerana membiarkan dia berjalan naik memanjat puncak desir angin?

Ibu² muda ini mengkagumkan penulis. Ini kerana meskipun mereka terpaksa berjauhan dengan suami, bahkan anak² dan dalam keadaan hamil pula, masih sanggup meneruskan perjuangan di menara gading? Syabas dan tahniah kepada mereka dan juga kepada keluhuran suami mereka..

Alangkah moleknya jika bas biru itu menamatkan perkhidmatan mereka selepas jam 11.30 setiap malam. Bukan setiap malam pun. Mungkin sekitar tiga minggu sepanjang para pelajar berumur ini ada. 

Bas biru kelihatan begitu mematuhi jadual perjalanan mereka. Dalam satu keadaan, meskipun penumpang telah memenuhi ruang setiap tempat duduk bahkan ada yang sudah berdiri, bas tetap istiqamah di parkingnya menunggu hingga cukup waktu perjalanan..

Adakah itu beretika ataua bagaimana?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol