Taklimat GST : Taklimat hudud

Kisah di penghujung Mac ribut di seluruh semenanjung emas dan kepulauan borneo. akan perihal GST dan juga hudud. 

Mengenai GST, dimana² sahaja manusia yang menjadi warga akan berbicara sama ada di kedai kopi, di pejabat, di dalam mesyuarat bahkan di majlis taklimat. Demonstrasi juga berlaku dek golongan yang mungkin berkeyakinan ianya bakal menyusahkan rakyat.

Kisah hudud juga semakin galak bermain di media massa, juga meniti di bibir setiap warga. Bagi muslim, mereka tiada pilihan selain menerima. Namun, ada juga yang cuba menghadang, memakai alasan, enakmen yang dibentang dan dilulus di DUN Kelantan baru² ini tidak layak untuk dibentang di parlimen, kerana menyalahi perlembagaan dan sebagainya.

Sang penentang hudud juga berani membuat pelbagai lontaran idea kotor dan memualkan yang mana ianya tidak lain dan tidak bukan tambah mempamerkan betapa ceteknya pemikiran dan pengetahuan muslim moden, meskipun mereka ini berkelulusan tinggi dari negara besar di seberang lautan.

Kita tidak perlu melayan cakap warga kafir yang seperti hilang akal menolak hudud, namun tiada pula direkodkan akan butiran mereka yang dilihat mampu dibawa dan didakwa di bawah akta hasutan. Secara jelas, hukum tersebut hanya akan terpakai kepada warga muslim semata². Apakah yang mengerikan warga kafir ini?

Mereka melontarkan alasan, apabila hudud berkuatkuasa, meskipun pada awalnya hanya menyentuh golongan muslim semata², namun lama-kelamaan ianya bakal dipakai pula pada golongan non - muslim.

Sebenarnya golongan ini ketakutan bukan kerana mimpi negeri dipotong tangan, atau direjam batu di khalayak selepas acara solat Jumaat. Mereka tahu mereka akan selamat dan hanya dikenakan tazir sahaja sebagaimana hukuman yang sedang berjalan kini. Mereka tahu dan sedar akan keistimewaan yang ada pada mereka.

Cumanya mereka galak menentang kerana khuatir periuk nasi mereka akan dituang dengan pasiran pantai. Kenapa?

Apabila penguatkuasaan hudud terlaksana Insya Allah, sudah barang pasti muslim takut untuk berzina, mereka juga takut untuk meminum arak, apabila berkunjung ke kelab malam dan pub yang rata² dimilki o;eh usahawan kafir yang tiada terlintas di kepala mereka soal mentauhidkan ilahi, kecuali wang-wang-wang sahaja.


MAka lama-kelamaan, kedai menjual arak akan kekurangan pelanggan, pub dan kelab malam juga akan binasa. Perusahaan pelacuran juga akhirnya akan berkubur. Maka inilah yang paling digeruni oleh warga kafir. Kalau hendak mengharap kepada pelanggan warga kafir semata-mata, mereka ini lebih selesa menikmati hidangan maksiat di luar negara. Makan sudah tentulah pelanggan utama mereka dari kalangan muslim fasiq yang acapkali mengunjungi premis mereka.

Apabila kelab malam, pub, louge dan sebagainya ditutup, permintaan arak semakin menurun manakala penawaran pula terlalu tinggi, pelancong asing juga yang sama fasiq akan mula menjauhkan diri dari negara semenanjung emas. Maka perusahaan pelancongan akan mula membeku dan dingin.


Hatta apabila kerajaan negeri penyu mula menguatkuasakan pematuhan pemakaian yang sopan di khalayak, larangan membonceng motor dengan pasangan bukan mahram dan sebagainya, warga kafir yang menjadi sekutu kuat pemerintah juga gelisah dan melatah serta melenting sambil bermimpi ngeri, apakah pusat jualan pakaian seksi mereka selepas ini akan berkubur, maka diterjemahkan lontaran jahat itu dengan menuduh negara ke arah sebuah pemerintahan ala taliban.

Sikap warga kafir ini sama sahaja seperti yang berlaku semasa Junjungan Muhammad SAW menyampaikan teori tauhid di Makkah. Bangsawan quraisy rata² tahu dan faham akan ajaran baginda. Namun kerana takut kehilangan pangkat, perniagaan dan sebagainya, mereka menolak bahkan membentuk gerakan dari kalangan masyarakat Makkah tatkala itu untuk menolak pentauhidan Ilahi.


Berkaitan GST, di sana sini taklimat demi taklimat dilaksanakan agar rakyat benar-benar faham. MEskipun rakyat tidak mampu faham, enggan faham atau malas faham, ianya TETAP akan dilaksanakan. Tiada lagi istilah berundur dalam pemikiran sang penguasa. Ianya juga sebahagian dari janji mereka. Suka atau tidak, benci atau gembira, GST pasti akan dilaksanakan.

Hudud setakat ini tiada kedengaran perbincangan yang lebih ilmiah dan terbuka. Tiada sebarang taklimat yang dibuat untuk pemahaman, meskipun institusi agama di negara semenanjung emas ini telah lama berdiri kukuh dengan dokongan institusi beraja. Umurnya hudud jauh lebih tua dari GST. Namun mereka berdua tidak dilayan dengan baik dan adil oleh warga semenanjung emas..

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol