Pabila Arab bangkit

Saudi di bawah penguasa Raja Salman diberitakan telah memulakan serangan ke atas Yaman atas niat untuk mengembalikan kerajaan yang sah, dengan kebenaran US. Saudi adalah ketua kepada tentera ahzab yang terdiri daripada sepuluh buah negara teluk yang tidak dianggotai oleh Iran.

Muzik lama yang diberi nafas baru oleh US, terus mendendangkan lagu permusuhan sunni-syiah sebagai asbab utama serangan tersebut dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa kekacauan yang timbul di Yaman kini adalah hasil dari tindak balas pihak Houthi yang dikatakan telah menguasai ibu kota Yaman sejak beberapa bulan ini.


Betapa tangkas sekali respon yang diberikan Saudi terhadap pemberontakan Yaman .. tetapi sehingga kini, belum pernah kedengaran pula Saudi mahu membentuk pakatan ahzab untuk memerangi Israel yang ternyata lebih merbahaya daripada Houthi. 

Lupakan sahaja perbezaan mazhab jika benar-benar mahu menggungguli kehebatan kedua Islam nanti...

Huru-hara dan serangan yang dilakukan hanya menguntungkan US dan juga master mind sebenar dunia arab, iaitu Tel Aviv...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol