Tugas pegawai : Hanya jadi pak angguk?

Dalam sesebuah organisasi yang berada dalam sebuah negara Islam yang aman, damai dan dilimpahi kegembiraan dan kekayaan luar biasa ini, apabila ditaqdirkan Allah untuk melantik dan membebani di pundak seorang mukallaf akan tanggungjawab sebagai seorang yang mempunyai sedikit pangkat di mata manusia dan kuasa di organisasi, meskipun sekecil sarang semut, sudah barang pasti pangkat itu bukan dianugerahi Allah secara percuma. Ada amanah yang harus dipikul. Ada hukum yang perlu ditegakkan. Ada keperluan yang perlu ditunaikan.


Dalam sebuah mesyuarat yang dikendalikan guna untuk meraikan sebuah hari besar organisasi tersohor, tampak pegawai muda yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan lepas, cuba untuk membawa satu usul agar majlis tahunan yang dibuat sebagai salah satu sub-sambutan hari kebesaran itu, ditiadakan acara yang berbentuk jemputan artis dan juga letupan membazir bunga api yang mampu mencahayakan langit beberapa detik namun menelan belanja ribuan Ringgit Kasorga. Sang pengerusi tiada halangan untuk menolak. Pegawai muda yang mencadangkan beralasan, bahawa ianya untuk menjimatkan kos.


Namun ianya kelihatan dipandang sepi oleh para hero yang lain, bahkan ditanggapi secara sinis oleh salah seorang senior hampir bersara, mana mungkin majlis ini berjaya dan hangat tanpa kehadiran artis...

MEskipun ada hero lain yang dikenali selaku penjaga utama wang dari diborosi, namun ia seolah² tidak dilihat serius, sepertimana serius sekali respon beliau apabila diberitahu untuk membuat pembelian peralatan lain yang lebih penting dan lebih utama untuk menjayakan hari besar itu.

Namun, di celahan itu, pegawai lain yang menjaga hal ehwal bunyi-bunyian sepanjang majlis besar telah mengesyorkan agar diperbanyakkan lagi acara² berbau liburan di dalam majlis utama. 

Oh..alangkah peliknya. Kadang² terfikir, dimana agaknya corak pemikiran para pegawai yang baru dikurniai sedikit pangkat keduniaan ini... pernahkah agaknya mereka ini terfikir akan betapa akhirat itu lebih utama dari seqadar dunia yang penuh tipu daya?



Tidakkah mereka mahu terfikir untuk melaksanakan alternatif, liburan mendidik jiwa. Adakah mereka ini cuba berfikir sama dengan corak fikiran pendahulu mereka yang layaknya lebih baik menjawat jawatan pemilik pub dan kelab dangdut dari menjadi pegawai yang bertanggungjawab menegak risalah tauhid?

Kita biasa mengalami dan menerima pegawai yang hanya tahu meneruskan liburan. Pantang sahaja diangkat menjadi ahli sebarang jawatankuasa ad hoc, maka aliran pemikiran mereka ialah bagaimana menjayakan program dengan aktiviti² liburan demi liburan demi liburan tanpa mahu membuat kajian yang lebih serius apakah impak liburan terhadap jiwa dan pemikiran manusia?

Ya tidak dinafikan jiwa manusia dahagakan liburan. Namun apabila berlebih-lebihan berlibur, otak dan fikiran menjadi kabur dan lesu..

Maka nanti akan semakin muncul manusia² yang terus mengejar hiburan, keseronokan, kemewahan tanpa mahu menilai dari neraca ketuhanan. Jiwa semakin kacau dan lesu. Segenggam kejayaan yang diperolehi tiada mampu menambah selain kegelisahan jiwa.

Apa salahnya kalau sudah merasa tiada boleh berjaya majlis tanpa artis, maka diundang artis yang mampu membuahkan makanan jiwa. Artis yang berhijrah sudah semakin ramai dan mampu memenuhi ruang. 

Sayang sekali...

"Setiap kamu adalah pemimpin...dan setipa pemimpin PASTI AKAN DITANYA perihal kepimpinannya.."

Bagaimana pegawai ini akan menjawab dihadapan Allah kelak pabila dipertanyakan mengenai masalah dalam mesyuarat ini ? Siapa yang mengusulkan?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol