Restoran 24 jam
Beberapa hari lepas Buletin Utama ada memaparkan mengenai cadangan untuk menutup atau dalam bahasa lebih mudah, menghadkan perniagaan kedai-kedai makan 24 jam menjadi waktu berniaga biasa sahaja.
Maka beberapa tokoh kedai-kedai makan tersebut bersuara membantah. Muncul pula wajah yang mengatakan daripada tutup kedai makan 24 jam, baik tutup pub dan bar yang nyata lebih menghasilkan budaya sosial songsang.
Maka ditemuramah beberapa pengunjung tegar kedai makan 24 jam yang makan dalam keadaan sopan dan ada kalanya bersama anak-anak meraka. Semuanya tidak setuju dengan cadangan tersebut. Sebab utama ialah kerana Bendahara juga sudah menyatakan akan akur sahaja dengan kehendak pemilik kedai makan 24 jam untuk meneruskan operasi sebagaimana biasa.
Masyarakat yang ditemuramah bagaikan menafikan dengan keras bahawa kedai-kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari ini pembawa virus kebejatan dalam akhlak kelompok masyarakat.
Cuba kita perhatikan kedai 24 jam ini di lokasi kita. Ada anak-anak muda yang masih bersekolah mengambil kesempatan lepak di sana pada waktu malam. Dengan alasan menonton bola. Mereka juga kelihatan menghabiskan waktu malam dengan rokok dan secangkir teh panas atau teh ais..
Ada segelintir perompak yang membuat rondaan awal di taman-taman perumahan dengan menaiki motor dan kemudian lepak sebentar di kedai 24 jam. Tatkala malam mula merangkak pagi, pasukan ini bergerak ke rumah yang telah dikenalpasti untuk melakukan rompakan dan curian. Tiada siapa pun yang perasan akan hal tersebut.
Kedai 24 jam menyediakan makanan sepanjang malam. Adakah dari sudut kesihatan, makan pada waktu dinihari itu digalakkan atau bagaimana? Bukankah tahap kesihatan penduduk negara ini dilaporkan semakin menurun dengan kenaikan jumlah penghidap darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang yang semakin mendadak?
Sebelum ini, anak-anak muda tidak akan berani keluar rumah waktu malam dek kerana tiada kawasan lepak yang sesuai. Kini mereka tanpa segan silu akan duduk melepak di kedai 24 jam yang tidak akan menghalau mereka pulang ke rumah meskipun sudah berada melebihi 3 jam dengan hanya bermodalkan segelas air batu kosong dan sekeping roti canai sahaja...maka di situ akan berputik beberapa aktiviti sosial yang kurang sihat.
Salah seorang yang ditemuramah dalam buletin utama tersebut dengan nada yang agak tegas, menyalahkan kenapa tidak ditutup pub, kelab malam dan sebagainya yang nyata lebih merbahaya dari kedai makan 24 jam. Memang benar. Namun pelajar yang masih di bangku sekolah menengah dari kalangan keluarga pertengahan jarang dapat menjejak kaki ke tangga kelab malam atau disko. Yang ada hanya anak orang berada. Anak golongan pertengahan yang terdiri dari kalangan ibu bapa yang makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta dan berpangkat rendah serta pertengahan, inilah yang paling ramai. Mereka ini berkumpul di kedai makan 24 jam merancang aktiviti sosial yang kurang sihat. Alangkah baiknya jika ada alternatif. Sepatutnya kedai-kedai makan seumpama ini hanya dibenarkan wujud di kawasan yang berhampiran masjid dan tidak disediakan bangku atau meja yang selesa. Jadi mereka akan berkumpul di kawasan masjid. AJK masjid juga janganlah terlalu lokek untuk memberikan sedikit ruang yang agak selamat dan selesa untuk melepak. Sediakan bahan bacaan dan bahan interaktif. Mungkin ini mampu membantu...
Tulisan ini dihasilkan dari rintihan seorang bapa yang berada di sebuah kawasan yang sedang membangun...Wallahu a'lam

Ulasan