LEGOLAND : Antara keseronokan dan ketakutan
Sehari sebelum parayaan Dewalee, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah kebangsaan ke Legoland, sebuah kota khayalan yang dimasyhurkan selaku sebuah taman tema utama di selatan negeri gapura selatan. Antara sebab utama pembinaan legoland di gapura selatan ialah untuk menarik pelancong ke negara ini. Ya...tujuan utama adalah pelancong...itulah sebabnya tiket melantun harganya..
Kami memulakan musafir ini seawal jam 0630 dengan menjadi keluarga pertama menaiki bas yang ditempah. Kami menuju ke sekolah tersebut untuk mengambil para pelajar dan juga guru. Tiba di sekolah tersebut kira-kira jam 0730. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di pasar awam untuk mengambil sebuah keluarga guru pengiring.
Perjalanan kami diteruskan sehingga tiba ke stesen minyak milik negara di pinggir pintu masuk tol. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti pula di R n R yang terhampir. Di situ, para pelajar dikehendaki makan bekalan yang disediakan iaitu nasi lemak dan air mineral. Oleh kerana kawasan R n R itu dalam proses menaik taraf, bahagian tandas ditutup dan digati dengan tandas² sementara yang sebenarnya agak melemaskan sesiapa yang masuk ke dalamnya. Mungkin kerana tidak terlalu terpaksa, barulah ianya mampu untuk dielakkan.
Perjalanan diteruskan tanpa adanya perhentian lagi sehinggalah tiba ke lokasi. Kami diturunkan di sebuah kawasan lapang dan terpaksa berjalan kaki kira-kira 500 meter sebelum tiba di hadapan pintu masuk berlogo LEGOLAND.
Setibanya di sana sekitar jam 9.30 pagi. Sudah ramai rupanya pelajar yang berkumpul di hadapan pintu masuk. Masing² rombongan diiringi guru masing². Harga untuk tiket kombo bagi pelajar sekolah ialah RM80 bagi hari biasa berbanding harga biasa sebanyak RM 135.00!!. Kombo di sini bermaksud boleh masuk taman tema air dan juga taman tema. Harga ini berlainan jika rombongan sekolah dibuat pada hari kelepasan am atau cuti hujung minggu. Setiap 10 pelajar yang mendaftar akan mendatangkan 1 tiket percuma untuk guru pengiring.
Sebaik selesai urusan tiket, meskipun telah ditempah awal tetapi masih terpaksa beratur panjang, kami masuk ke dalam kawasan. Kami diberi taklimat untuk berkumpul semula di tapak sebaik jam 2 petang.
Lokasi pertama yang dikejar ialah water parik. Di situ, kami menikmati mandi di air buatan. Taman tema ini agak menarik dan melekakan. Seperti taman tema air yang lain, terdapat tiga kawasan menarik, pertama ialah ruang seperti suangi yang beralur mengelilingi kawasan tapan permainan, seolah kami bertawaf dengan hala melawan arah lawan jam. Kemudian masuk pula ke bahagian tengah yang mengandungi pelbagai gelungsur air. Kemudian kami bergerak pula ke lautan jadian yang berombak. Kami mengakhiri lawatan ke taman tema air ini dengan tawaf selamat tinggal di medan pusingan air.
Seusai solat jama, kami berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan awal masa kemasukan pagi tadi. Kami di arah ke sebuah restoran dalaman untuk menikmati makan tengahari yang telah dimasukkan sekali ke dalam pakej. Penulis terpaksa membeli sendiri makanan. Harga sememangnya melantun-lantun..
Seusai makan, kami bergerak ke taman tema lain. Kawasan pertama, ialah permainan kereta. Sudah barang pasti putera penulis begitu teruja untuk menaikinya. Maka meskipun terpaksa menunggu agak lama, namun setelah kaki berjaya memijak pedal kereta, hati begitu berbunga dan gembira.
Seusai menikmati kereta, kami bergerak pula menuju ke lapangan terbang. Disini kami naik kapal terbang bersama. Keistimewaannya ialah kami boleh mengawal pergerakan pesawat tersebut sama ada naik atau turun. Meskipun hanya berpusing setempat, ia cukup menghiburkan si kecil tetapi menyebabkan pening pula bagi si bapa.
Kami kemudian bergerak pula menuju ke stesen keretapi. Kami berjaya naik meskipun sebelumnya terpaksa menunggu dalam barisan yang panjang. Selepas naik, terasa rugi dan bosan pula kerana perjalanannya agak lembab dan tidak menyeluruh ke semua lokasi.
Selepas tiba di stesen semula, kami bergerak untuk naik roll coaster. Pada mulanya penulis menolak, tetapi dek kerana isteri yang seolah memujuk, terpaksa juga.Nah disinilah muncul segala ketakutan. Tatkala roll coaster itu bergerak laju untuk turun, betapa perut seakan hendak terkeluar dari mulut. Paling menggusarkan tatkala ia bergerak laju di atas landasan di kawasan yang tinggi. Seolah roda roll coaster itu akan tercabut dan penumpang akan terpelanting keluar lalu jatuh menyembah bumi. Akhirnya kami diterjunkan dalam keadaan lebih tinggi dan menyentap rasa.
Sebaik turun, terasa begitu menyesal kerana terpaksa menaiki kenaikan yang mampu mencabut perut dan jantung kami sendiri.
Selepas jam lima, kami berkumpul di luar dan kemudiannya bergerak balik dengan berjalan kaki ke lokasi bas. Kami bergerak dan tiba di lokasi semula sekitar jam 7 malam.
Wallahu a'lam

Ulasan