Perang semakin hampir
Keadaan di timur tengah kelihatan semakin genting kini apabila salah sebuah negara NATO iaitu Turki dengan penuh berani menembak jatuh dua pesawat tempur milik Russia.
Russia yang semakin aktif memainkan peranan di Syria membantu Assad dengan melancarkan beberapa serangan udara ke atas kubu² kuat pihak pemberontak. Di darat, pasukan militia syiah dari Iran dan juga pejuang Hizbollah Lebanon begitu bersemangat menggempur para musuh Assad.
Pihak pemberontak yang bercampur baur dengan golongan khawarij moden hingga mengelirukan banyak pihak. US yang bermain sembunyi-sembunyi di kalangan pejuang dengan memakai nama IS dan ISIS kelihatan sangat berhati² dalam krisis di Syria ini. Tidak seperti di Iraq, US kelihatan begitu menjaga penampilannya di Syria dengan hanya membantu dari belakang dengan membina reban² untuk membiakkan lagi pejuang IS dan ISIS yang terdiri dari anak² muda yang begitu dilusi dengan agama serta diserapkan dengan semangat anti syiah.
Sayang sekali apabila kejadian letupan yang mengorbankan 150 orang awam di Perancis dikaitkan dengan kerja-kerja puak khawarij moden ini lantas mencalarkan lagi nama umat Islam yang semakin ditindas. Tanpa menunggu sebarang keputusan dari PBB, Perancis dengan berani bertindak sendiri dengan mengirimkan 20 butir bom dari udara ke atas kota-kota Syria.
Di sempadan saudi, pihak houti dan tentera ahzab yang diketuai saudi serta dianggotai negara² teluk masih berbunuh-bunuhan sesama mereka sejak akhir Ramadhan tahun lepas lagi. Sentimen bercampur-baur yang dimainkan dan begitu diketarakan oleh barat dengan momokan perang antara mazhab memperlihatkan pihak houthi masih mendapat sokongan persenjataan dan tentera dari hizbollah dan juga Iran.
Mengapa hizbollah yang pada asalnya ditubuhkan untuk menghancurkan zionis dan negara haram Israel masih gagal mencapai impian mereka? Mengapa mereka tidak begitu bersemangat melancarkan serangan ke atas tel aviv tetapi begitu beriya-iya membantu 'saudara' mereka di Syria?
Mengapa Iran yang ingin mendominasi dunia arab dan islam dengan slogan khomeini, tiada timur dan tiada barat hanya Islam, masih gagal merintis jalan ke Jerusalam selepas 36 tahun kejayaan revolusi Islam?
Pernahkah peluru berpandu Iran jatuh ke atas tanah israel? Pernahkah peluru katyusha hizbollah menimpa rumah² peenduduk negara haram itu?
Negara-negara teluk pula mengapa begitu bersemangat bersekutu menghentam pihak houthi di sempadan saudi dan yaman? Mengapa mereka tidak menghalakan kekuatan tentera mereka ke sempadan palestin dan seterusnya menggempur rumah-rumah penduduk haram palestin?
Siapakah proksi di belakang saudi dan negara-negara teluk? Tidak lain dan tidak bukan ialah US!! Saudi dan negara teluk yang lain sudah terikat dengan perjanjian penjualan minyak dengan menggunakan dollar. Hanya Iran sahaja di rantau tersebut yang berdegil untuk tidak menjualnya dengan dollar selepas revolusi islam. Akibatnya, dendam US terhadap Iran terus membara. Namun Iran tidak keseorangan. Dia berdiri bersama Syria yang mempunyai dokongan mazhab yang hampir sama dengannya. Hizbollah yang sememangnya mempunyai hubungan spiritual dengan Iran turut bermatian-matian memberikan wala' terhadap negara pimpinan ulama itu.
Russia dan China pula memainkan peranan mendokong wawasan Iran. Akibatnya timur tengah menjadi dua blok yang besar. Saudi dan negara teluk arab di belakang US mamakala Iran yang bermazhab Syiah bersama negara syiah yang lain di belakang Russia dan China.
Lawatan mesra presiden Putin dari Russia menghadap pemimpin spiritual Iran, Khameini dilihat mengukuhkan lagi hubungan dua hala. Putin dengan senang hati telah menghadiahkan pemimpin agung Iran itu dengan senaskhah al quran lama, menggambarkan betapa hubungan kedua pihak bukan hanya atas dasar politik, tetapi telah menjangkau kepada kerohanian. Bukankah Khomeini semasa akhir hayatnya pernah mengutus surat kepada Mikhail Gorbachev menyerunya menerima Islam dan selepas itu blok komunis Rusia mula runtuh menjadi kepingan²..?
Lawatan Putin dilihat sebagai penerimaan beliau terhadap gerak langkah Iran yang kelihatan agak tenang, tidak aggresif, tidak menggambarkan kebengisan dan keganasan, manakala saudi dan rakan teluk lain telah dilihat oleh Putin sebagai Islam yang ganas, sangat aggresif dan keterlaluan!!
Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Kalian akan berdamai dangengan bangsa Rom (Amerika) dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi satu musuh di belakang mereka. Dan kalian akan memperolehi kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kalian akan berangkat sehingga samapi ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit (Megiddo?) Maka seorang lelaki dari tentera Rom (Amerika) mengangkat salib seraya berkata, :"salib telah menang!!"
Maka marahlah seorang lelaki daripada kalangan kamu lalu membunuhnya lalu ditentang (oleh tentera Rom) dan jatuh (meninggal). Pada ketika itu (tentera Rom) sudah berkhianat (tidak patuh pada perjanjian) berlaku pertempuran demi pertempuran dan mereka berkumpul untuk memerangi kalian di bawah 80 bendera di mana dibawah tiap-tiap bendera terdapat 12,000 tentera" - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban daripada Dzi Makhmar ra
Siapakah musuh di belakang mereka, itulah Iran dan sekutu mereka Russia dan China. Negara arab yang diketuai oleh Saudi akan bersekutu dengan US dan Eropah bagi memerangi Iran.
Laut Mediterranean kini sesak dengan kehadiran kapal laut dari USA, Russia, France !!!
Kerana seorang Pemimpin Arab yang gila kuasa nama dia Basyar Al Assad !!!
Sabda Rasulullah saw: (( hari kiamat tidak akan berlaku sehingga tentera Rom turun (menjajah) kawasan Al ‘Amaq atau Dabiq (desa Aleppo)…))
Riwayat Muslim.
Wallahu a'lam
Ulasan