Terkenang Semasa Dulu : Latihan di sebelum fajar sadiq
Dua belas orang pemuda harapan yang telah dipilih oleh majlis warden, enam merupakan senator dan enam lagi dipilih melalui pilihanraya bebas pemilihan pengawas oleh majoriti pelajar, telah diberikan satu taklimat penting menjelang light off oleh Ketua Blok (KB) B.
"Ok..esok pagi, korang bangun lebih awal dan bakal KB serta pembantu dan juga KBS bersedia untuk kejutkan semua pelajar."
"Rasanya KB dan pembantu je kot...KBS biar terus ke surau.." menurut KBS sedia ada.
"Ok....semua KB dan pembantu esok bersiap lebih awal dan kejutkan semua pelajar. Pastikan semua dorm dikejutkan. Kalau boleh buat dua round. Satu round habiskan kemudian buat lagi round kedua. Biasanya dia orang ni round pertama sedar aje tapi tidur semula, round ke dua baru betul² sedar. Tapi kalau buat round ke tiga lagi bagus. Kejut mereka sebelum azan subuh. Kalau boleh, masa selawat dan mula kejut. Tu pun dah lewat" Begitu panjang penerangan yang diberikan.
"Ada sebarang soalan?"
"Kalau ada yang melawan macam mana bang? Kami ni baru form four..." ada sedikit kegusaran pada hujung suara yang bertanya.
"Dia orang ni walau sebesar mana pun gengster nya kalau korang kejut untuk solat subuh, dia tak kan marah punya. Paling teruk pun kena maki je..."
Namun jawapan itu tidak langsung mengurangkan rasa gusar pada diri yang bertanya.
"Ok...sekarang korang boleh masuk tidur...Esok tugas pertama..."
Maka masuklah beradu kesemua dua belas orang yang telah menerima amanah pertama itu. Tentunya bakal KP, KBS dan yang lain selain KB dan pembantunya lebih tenang menikmati tidur dan menyulam mimpi. Ini kerana mereka tidak terlibat secara langsung dalam misi sebelum subuh.
Dan seawal jam 5 pagi, sudah terdengar bunyi ketukan di pintu² dorm asrama yang masih muda usiannya itu. Seperti pengalaman biasa para exco sebelum mereka, ada dorm yang mudah untuk dikejutkan. Cukup dengan menghidupkan lampu di dalam dorm, maka akan ada di antara penghuni yang terus bangun. Namun yang bangun ini ada dua kategori. Ada kategori yang bangun dan terus mencapai peralatan mandi. Kemudian, sebaik selesai mandi, memakai pakaian sesuai dan terus melangkah ke surau. Ahli dorm lain bukan hal aku!!
Ada juga penghuni dorm yang apabila exco mengejutkan mereka dengan menghidupkan lampu, akan bangun dan membantu exco pula mengejutkan keseluruhan ahli dorm. Ada rasa tanggungjawab mereka di sini. Kemudian, selepas selesai mandi, akan sekali lagi mengejutkan ahli yang masih belum ada kesedaran...
Wujud juga dorm dimana pintunya dikunci dari dalam. Maka exco mungkin terpaksa memanjangkan tangan sekiranya sampai ke suis utama. Jika gagal, pintu akan diketuk berulang-ulang kali hingga ada ahli yang terbangun.
Ada juga di kalangan bakal exco yang kena tengking dan dimaki pada pagi itu. tetapi itu adalah di dorm yang agak keras penghuninya.
Meskipun wajah petugas yang terpaksa mengejutkan ahli dorm tersebut agak sedikit pucat, namun dia ditenangkan oleh KB (B)..
"apa yang kau nak risaukan...Dia orang tu ok. Kau bukan pukul dia pun. Niat kau tu kan suci dan murni...dia orang pun faham..."
Apa yang dirisaukan oleh bakal exco tersebut ialah khuatir kalau² dipanggil pada malam hari oleh senior yang mana dormnya digegarkan dalam misi sebelum subuh tadi.
Maka bilangan jamaah di surau pada pagi itu kelihatan lebih ramai berbanding hari-hari sebelumnya...
Sebenarnya, kalaulah ketua² dorm dapat dikumpulkan setiap malam untuk digalas dan diingatkan akan salah satu tanggungjawabnya ialah memastikan kesemua ahli dorm dapat hadir menunaikan solat berjamaah, tentu warden dan pihak exco tidaklah terlalu terbeban dengan tanggungjawab sedia ada...
Wallahu a'lam

Ulasan