Terkenang Semasa Dulu : Bila pintu diketuk
Malam itu merupakan malam pertama untuk 12 orang yang terpilih bakal menduduki bilik exco sebuah sekolah berasrama penuh tersohor di tepi sungai terbesar di semenanjung emas. Dua belas orang pelajar lelaki itu adalah terdiri daripada beberapa orang pengawas yang memenangi pilihanraya pengawas tempoh hari bercampur dengan beberapa orang lagi yang dipilih oleh majlis warden.
Selepas ligt off, mereka masih berbual-bual sesama mereka di atas katil double decker.
"Betul ke kita ni bakal exco?" salah seorang bertanya dengan nada kurang percaya.
"Dah tu...kenapa pula diletak kat sini? kan training nih...esok kena bangun awal kejut semua.." salah seorang menjawab.
Diantara mereka ada yang bakal dinobatkan sebagai KP pengganti kepada KP sedia ada. Meskipun namanya agak kurang disebut-sebut, perancangan Allah tiada siapa yang mampu menghalang.
Dan kedinginan malam serta kesunyiannya sesekali diganggu dek bunyi cengkerik dan juga lolongan anjing-anjing liar.
Tiba-tiba....kriinggggg.....
Loceng di bilik warden dibunyikan agak panjang. Bunyi itu agak mengganggu tidur. Namun di antara 12 orang itu, seseorang bangun dan cuba mengejutkan rakan yang lain.
"Bangun oii....kenapa loceng tu bunyi lain macam?"
"Mana aku tahu...cikgu tadi tak sebut apa-apa pun..."
"Tidur je la...."
Dan yang bangun tadi kembali ke pembaringan bagi meneruskan mimpi yang masih belum selesai. Baru hendak bersambung dengkur, pintu bilik digendang dengan agak kuat dan kasar
"Bangun-bangun...!!"
Terpisat-pisat dua belas putera mahkota bangun. Pabila pintu dibuka...
"Cikgu suruh semua turun..."
Dan dengan berlari-lari anak menuruni anak tangga yang tidak berapa curam dari tingkat dua menuju ke dataran asrama atau dipanggil hard stand.
Di situ, hampir keseluruhan warga asrama sudah berhimpun. Rupanya latihan kebakaran. Kenapa cikgu tak maklumkan lebih awal.
"ni muka yang bakal jadi exco tahun depan..."
Suara sindiran dari warden sudah dapat membayangkan apakah tindakan yang bakal diterima seterusnya...
Kami diminta berdiri di hadapan hard stand menghadap kearah para pelajar.
"Kamu nampak bas kat parking hujung sana?" kata warden tersebut sambil menunjuk ke arah tertentu menggunakan rotan panjang di tangannya.
Tanpa menunggu jawapan ,
"Kamu semua berlari ke sana dan patah balik ke sini...sekarang!!"
Tanpa sebarang rayuan, kami berlari ke arah yang ditunjukkan.
"Pergh...jauh juga tu..."
"Kenapa cikgu tak beritahu awal nak buat fire drill nih?"
"Aihh mana nak letak muka nih..."
"Budak form four gelakkan kita je ni..."
Ketika larian kembali ke hard stand, warden memekik dari kejauhan..
"Cepat sikit....macam ni ke exco?" Sambil disambut suara sorakan oleh pelajar lain, khususnya form four?
Larian yang berjarak sekitar kurang dari 100m seolah lambat untuk dihabiskan, meskipun dikalangan mereka ada sprinter di peringkat sekolah, ada pemain ragbi dan juga olahragawan. Semangat mereka telah luntur!!
Sebaik tiba semula di dataran hard stand, kami diberi ceramah percuma kurang dari 30 minit sebelum dilepaskan. Namun sebenarnya kami ditambah lagi dengan ceramah multi percuma kurang dari 60 minit. Ini disebabkan kami merupakan bakal putera mahkota
Dan berita tentang larian malam oleh 12 orang itu terus menjadi perbualan dan topik hangat dimana-mana sahaja sepanjang seminggu dan menjejak ke dua minggu. Masing-masing membuat pelbagai telahan dan komen. Ada yang membina dan ada juga yang seolah menginjak maruah bakal pewaris bilik exco. Kalaulah pada zaman tersebut ada insta, facebook dan tweeter, rasanya da tersebar gambar para pelari malam itu ke seluruh rantau ...
Untuk makluman para pembaca, sekolah tersebut memberikan kuasa yang besar kepada para exco untuk melaksanakan peraturan dan hukuman di kawasan asrama. Warden telah menurunkan kuasa ke atas 12 orang ini untuk mengawal keadaan asrama. Namun sehingga tamat tingkatan lima, tiada pula diberitakan adanya pelajar yang cedera dipukul atau didera oleh mereka...
Wallahu a'lam.

Ulasan