Pengalaman Selepas SPM : 24 tahun lampau

Warna pagi Khamis bercerita mengenai apa yang dilakukan selepas SPM. Sememangnya selepas keputusan SPM keluar, bahkan sebelum keluar lagi, sebaik sahaja selesai kabut SPM, para calon selalunya akan mula menghadapi dunia nyata masing².

Kebanyakan calon akan mula bekerja. Mungkin ada juga yang hanya lepak di rumah. Makan, tidur, surfing dan sebagainya. Itu mungkin untuk anak orang kaya sahaja. 

Penulis, meskipun dari kalangan keluarga yang tidak berada, hampir juga terjebak dengan acara makan, tidur...(masa zaman tu tiada surfing). Namun, selepas dikejutkan dengan kata² keramat seorang sahabat, "Kita ni hanya menumpang je kat rumah orang tua. Sepatutnya dah kena mula bekerja bantu mereka..." maka bersegeralah penulis mencari ruang-ruang pekerjaan.

Krja pertama yang penulis lakukan ialah sebagai pekerja hotel. Hotel itu masih wujud di kampung penulis. Penulis memohon sebagai stewardes. Jawatan seolah pramugara pesawat. Namun sebenarnya skop tugasan ialah sebagai pembasuh pinggan dan mangkuk. Gaji yang ditawarkan ialah RM200 sebulan dengan dua bintang. Dua bintang bermaksud setiap bintang akan dibayar dalam kadar yang tidak tetap berasaskan kepada keuntungan bulanan pihak hotel. Pada mulanya penulis difahamkan yang mencuci pinggan dengan menggunakan mesin. Namun selepas masuk ke kitchen, tiada sebarang mesin yang diwujudkan. Rupanya kena basuh pinggan seperti kenduri kahwin. Melihatkan itu, penulis mula hendak memohon jawatan lain. Alhamdulilla, ada kekosongan untuk kerja-kerja lain. Pada asalnya penulis ditempatkan untuk membantu mengemas bilik-bilik. Belum sempat seminggu, penulis di arah bertukar pula ke unit pembersihan. Tugas di sini ialah membersihkan lantai lobi hotel, mengelap tingkap dan sebagainya.

Sesi yang paling mencabar, ialah terpaksa memastikan tandas umum hotel dalam keadaan baik dan bersih. Ertinya, setiap kali terpaksa menjenguk ke tandas hampir setiap setengah jam. Kalau masih ok, oklah. Tetapi jika baru sahaja lepas dicuci, tiba-tiba selepas lima minit, sudah berterabur dengan najis oleh pengguna yang tiada sivik...huhuhu.

Pada sebelah malam, jika berada dalam shift malam, kena pastikan lantai restoran berkeadaan  baik. Ertinya jika pelanggan ada mengotorkan lantai, maka dengan kadar segera perlu dibersihkan. Pada waktu itu mana ada bangla yang ditugaskan membersih lantai hotel. Hanya bangsa Malaysia sahaja. 

Penulis tidak sampai sebulan di hotel tersebut disebabkan oleh tiada kelonggaran untuk solat Jumaat. Penulis kemudian mendapat pekerjaan di sebuah kilang kain pula. Tetapi sekitar tiga hari, penulis berhenti. Selepas itu, penulis bekerja lagi di kilang sarung tangan. Tugas penulis sebagai pekerja am ialah mengangkat sarung tangan yang telah siap oleh pekerja pembuatan dan menghantar ke bahagian packaging. Di sini, penulis juga hnaya bertugas selama sebulan. 

Selepas itu, penulis bertugas di stesen bas sebagai time keeper. Di sini penulis agak lama bertugas. Tugas penulis ialah mencatatkan senarai nombor tiket setiap kali konduktor datang ke kaunter. Berkebetulan arwah ayah penulis adalah pemandu bas di syarikat bas tersebut.

Sebaik keputusan SPM diumumkan, penulis berhenti. Kemudian seorang demi seorang rakan² sekolah masuk ke universiti. Hanya penulis yang tertinggal. Akhirnya, penulis masuk berkhidmat pula sebagai jurutol. Selepas diterima, penulis perlu melalaui kursus selama dua minggu di pejabat PLUS Yong Peng Johor. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk aktiviti jungle trekking. Akhirnya, penulis diumum sebagai pelatih jurutol terbaik.

Selepas enam bulan berkhidmat sebagai jurutol, penulis akhirnya diterima masuk ke ITM mengambil jurusan diploma pentadbiran awam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol