Kenduri kawin paling memualkan ...

Sabtu pertama bulan Mei, sebaik selepas zuhur, hujan turun mencurah membasahi bumi. Perancangan perlu diteruskan untuk menghadiri majlis walimah jiran. Ianya tidak dibuat di rumah milik jiran. Tetapi di suatu lokasi yang disewa khas..

Maka tatkala hujan agak reda sedikit, kami berlumba-lumba masuk ke dalam perut kereta. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan kembali turun dan bertukar dari gerimis kepada lebat. Berkebetulan, terdapat empat lampu isyarat yang harus dilalui. Keadaan hujan lebat, kereta berderet dan yang paling kurang menyamankan ialah, lampu isyarat begitu cepat bertukar kepada merah dan begitu lambat pula untuk kembali hijau!!!!

Perjalanan terasa begitu jauh sekali meskipun jaraknya hanya sekitar 2km sahaja. Kami akhirnya tiba di lokasi dalam keadaan hujan masih mencurah turun. RahmatNya begitu ghairah turun ke permukaan bumi.. Kereta kami masuk terus ke laman bangunan yang berkebetulan kosong dan paling hampir menuju ke dewan. Kami terpaksa menunggu agak lama sehingga hujan agak reda.


GAMBAR HIASAN SAHAJA

Selepas beberapa minit, hujan mula perlahan. Kami menggunakan kesempatan ini untuk turun. Dari dalam perut kereta lagi sudah kedengaran gegak gempita alunan muzik dan suara tidak enak penyanyi karaoke memenuhi ruang. Sebaik tiba di halaman dewan yang basah, kami 'disambut' oleh gerai cendol yang hampir kehabisan stok. Kami masuk kedalam mencari² meja kosong. 

Sebaik mendapat sebuah meja, penulis duduk menanti bagi mengelakkan tempat diambil orang manakala yang lain pergi mengambil makanan. Meja makan masih dipenuhi dengan saki baki tetamu sebelumnya, dengan pinggan kotor, bekas minuman dan sebagainya. Pelayan seolah tidak kelihatan.

Selepas beberapa minit, isteri dan anak² yang mengambil makanan telah kembali namun bekas makanan dan pinggan tetamu sebelumnya masih terbiar. Tiba² ia mendatangkan perasaan mual kepada penulis. Mungkin jika bekas pinggan tersebut licin dan bersih, tiada masalah. tetapi ianya dipenuhi oleh air yang entah dari mana munculnya. Sang pelayan pula seolah tidak nampak apa yang berlaku di atas meja.

Penulis akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan duduk di dalam kereta sahaja. Keadaan semakin hingar bingar dengan bunyi-bunyian sumbang, tetamu yang keluar masuk, meja yang bersepah dan pelbagai lagi. 

"ah..lebih selamat duduk dalam kereta"

Tatkala melintasi gerai cendol percuma, penjaganya sudah tiada di tempatnya yang membawa maksud, cendol sudah habis. Maka penulis masuk ke perut kereta dan menunggu sahaja. Perut mula berkeroncongan ...

Adalah sepatutnya perkara berkaitan kebersihan meja dan layanan pihak pelayan perlu diberi keuitamaan yang tinggi oleh tuan majlis. Ianya tidak boleh dibuat sambil lewa sahaja. Tetamu ini dijemput hadir secara khas. Bukan suka² datang tanpa sebarang jemputan. Adalah sepatutnya diberi keutamaan dan layanan yang sebaiknya ..

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol