Sarapan pagi dengan kos RM0.25...biar betik!!
Pagi Ahad nan indah..mungkin di lokasi lain para pekerja masih bercuti, tetapi tidak di beberapa buah negeri, seperti hujung semenjung emas yang kedengaran semakin garang kini...
Kami berempat bersarapan di salah sebuah warung yang boleh dianggap paling popular di muqim ini. Kalau disebut sahaja tentu ramai yang tahu. Menu utama ialah roti canai. Ada juga nasi putih berlauk. Namun roti canai berkuah daging kambing adalah yang paling terlajak laris ...
Tatkala tiba, kami bertemu dengan empat orang pemuka-pemuka organisasi. Selepas bersalaman, kami mengambil lokasi pilihan yang kelihatan masih kosong. Setiap seorang membuat pesanan setiap seorang satu roti kosong dan satu roti telur atau roti tampal (istilah untuk roti kosong yang ditampal dengan telur mata). Air setiap seorang adalah berais kecuali dua ...
Lama masa menunggu tidak pula dijangka. Meskipun pelanggan ramai dari kepelbagaian kaum, namun pada pandangan penulis, kami adalah antara yang 'awal' tiba di warung tersebut meskipun sudah menjejak ke pukul 10 pagi. Masa menunggu yang agak lama hanya dihabiskan dengan berbual kosong.
Pesanan yang agak lewat itu akhirnya tiba jua selepas 20 minit lebih kurang , mengikut andaian penulis yang cepat naik angin pabila pesanan lewat. Hanya satu roti kosong tertinggal..
Di akhir ketika, tatkala hendak membuat bayaran, hanya RM1 sahaja. Ertinya, setiap seorang ahli sarapan pagi itu hanya perlu membayar RM0.25 sahaja!! Ajaib bukan?
Tentu semua tertanya-tanya lokasi warung tersebut...
Sebenarnya, bil kami telah 'dipayung' oleh salah seorang pemuka organisasi yang disalami oleh kami sewaktu masuk tadi...
Jangan marah...
Ulasan