Walimah dan Kita - Adat dan Agama

Tengahari Sabtu bersamaan hari ketiga dalam bulan kelahiran Junjungan Muhammad SAW mengikut perkiraan dan pandangan majoriti ulama mainstream di negara semenanjung emas, penulis berkesempatan menghadiri majlis walimah di salah sebuah dewan di tepi jalan utama, pekan satelit yang sibuk.

Berkebetulan penulis diminta untuk membaca doa bagi majlis walimah tersebut. Wakil bapa pengantin menelefon penulis sejak selepas solat zuhur untuk melantik penulis sebagai pembaca doa. Penulis pada asalnya menjawab tidak berkesempatan kerana jarak dari masjid tempat solat zuhur dengan dewan tersebut sekitar 20 km dengan keadaan jalan yang sesak seperti biasa di waktu tengahari hujung minggu.

Namun selepas tiga kali panggilan dibuat, penulis tiada sebarang pilihan lagi. Teks bacaan telah penulis pilih dari laman sesawang di tab kepunyaan penulis. Sebaik tiba di pintu masuk dewan, beberapa orang segera menghampiri penulis untuk menyampaikan hajat bapa pengantin bagi membaca doa majlis perkahwinan. Tatkala penulis menjenguk ke dalam dewan, didapati sang mempelai sedang menikmati makan beradab bersama barisan ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, dalam hati penulis, tidak prlu lagi dibacakan doa memandangkan pengantin telahpun memulakan santapan.

Image result for doa di majlis walimah
Gambar Hiasan Sahaja

Selepas duduk sebentar di meja makan sementara menantikan keluarga mengambil hidangan, floor manager, yang merupakan salah seorang ahli waris pengantin lelaki menghampiri penulis dan memberi isyarat agar membaca doa.

Penulis kemudian bergerak ke lokasi berhampiran pengacara majlis dan seterusnya menyelesaikan amanah yang telah dipikulkan.

Sebaik selesai, seperti mana biasa di majlis perkahwinan konvensional, lagu-lagu dikumandangkan seperti biasa, sama ada melalui rakaman ataupun secara live. Dan seperti majlis sebelum ini, seorang lelaki senior mengambil peluang mendendangkan beberapa lagu lama. Kemudian diikuti pula oleh seorang dua anak muda yang mencuba bakat terpendam.

Sememangnya umat melayu Islam di semenanjung emas amat menitik beratkan soal pembacaan doa di dalam majlis pengantin. Biarpun selepas doa diselangi dengan acara joget, atau nyanyian karaoke suka suka, atau apa sahaja bentuk kebudayaan sama ada syariah compliant atau non compliant, bacaan doa tidak akan dipadamkan daripada tentatif majlis. Begitulah hebatnya umat melayu islam semenanjung emas mendukung agama mereka!!

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol