Himpunan Solidariti - kemana kita?



Himpunan yang dikatakan mengundang kontroversi antara kedua-dua negara. Dikatakan bahawa sami² di negara Mynmar telah membuat bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Rangoon dan juga mendapat respon dari Menteri Luar Mynmar yang membantah kehadiran PM Malaysia ke perhimpunan tersebut.

Penulis sendiri tatkala membuat provokasi di dalam laman aplikasi sosial What'sap telah mendapat kritikan hebat dari ahli grup yang tersebut. Begitu hangat dan membara sekali harapan dan semangat rakyat Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka berdiri di belakang YAB PM Malaysia mendepani isu yang tersebut.

Ironinya, sebelum daripada ini, barisan pembangkang pernah membuat usul di parlimen untuk membincangkan perkara tersebut di parlimen, namun ditolak mentah² oleh speaker semasa itu. Pembangkang ingin membawa usul di bawah perkara 19(a) untuk membahaskan isu pembunuhan etnik Rohingya pada 24 November lepas naum ditolak dengan alasan tidak mahu mencampuri urusan negara lain.

Bagaimana pula kedua-dua pimpinan parti terbesar Melayu - Islam tersebut hanya membatu di dewan rakyat tetapi begitu bersemangat tatkala perhimpunan di luar. Adakah isu ini perlu disensasikan untuk meraih simpati rakyat dan manusia yang kabur tetapi terlalu ghairah kepada agama untuk menarik sokongan? Bukankah dengan membahaskan di dewan rakyat, ianya akan menjadi agenda negara yang menunjukkan kesungguhan kepimpinan untuk menjuarai isu tersebut?

Perhimpunan yang dikatakan hebat itu, hingga apabila dibantah oleh sebahagian yang kurang bersetuju menjadikan media sosial hangat, sepatutnya di adakan di hadapan kedutaan Mynmar untuk menunjukkan kesungguhan kita. Itupun tidak berlaku. Mungkin beralasan tidak mahu menimbulkan polemik. Jika hanya memancing  emosi khalayak semata-mata, maka tidak menjadi masalah untuk membuat perhimpunan seumpama itu.

Dikhabarkan, sehari selepas perhimpunan, OIC telah terbangun dari tidurnya yang panjang lantas mengaum sebentar, untuk memanggil sidang tergempar dengan sesegera mungkin. Namun hingga tulisan ini ditulis, belum kedengaran pula ngauman itu dituruti oleh ahli² OIC yang lain.

Jika kita begitu serius, jika pemimpin begitu prihatin, secara rasmi, negara ini boleh memutuskan terus hubungan diplomatik dengan negara berkenaan, memanggil pulang duta negara, mengesyorkan agar negara tersebut dikeluarkan dari ASEAN dan banyak lagi tindakan yang kelihatan lebih memberikan kesan terhadap pentadbiran penyembelih etnik rohingya yang memegang nobel keamanan dunia....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol