Subjek hangit looo
Hari ketiga terdampar di pulau pengasingan... Di bawah Saujana Hill Golf Resot, hanya ada disediakan dua buah cafe makanan, sebuah koperasi yang menjual kepelbagaian keperluan, dari sabun basuh hinggalah ke mata pena, dan sebuah stall menjual kepelbagaian .... kerepeks....😩😩
Ertinya untuk menahan kelaparan, sama ada di waktu pagi, tengahari atau malam, hanya ada dua pilihan sahaja untuk makanan berat, sama ada nasi berlauk atau makanan khusus seperti nasi ayam penyet, nasi ikan bawal goreng, laksa, kuey teow sup dan sebagainya...Hanya itu sahaja. Di koperasi mungkin boleh didapati roti, atau niskut atau maggi untuk menahan aliran asid dari memamah usus akibat dari kegagalan untuk digunakan bagi memamah bahan makanan berbentuk protein, zat besi dan sebagainya...
Hari ketiga kelas bermula jam 12 tengahari. Namun kami turun untuk menikmati brunch lebih awal. Ini bagi mengelakkan kejadian semalam daripada berlaku (rujuk kisah http://abuzair.blogspot.my/2017/01/saujana-hill-golf-resort-melambaiku.html)
Kami tiba agak awal di kawasan kelas namun terpaksa bersidai di kaki lima dek kerana ada kelas yang masih belum habis digunakan. Seusai kelas keluar, kami mula masuk dan menunggu kuliah pada hari ini.
Pensyarah adalah Dr Suresh yang akan menerangkan atau mengenalkan kami secara bertatap muka buat pertama kalinya dengan subjek hubungan etnik dan rasisme. Pembukaan kelas dimulakan dengan kisah yang boleh menjatuhkan moral. Esaimen yang dihantar kebanyakkannya tidak memenuhi spesifikasi yang diharapkan. Namun selepas beberapa ketika kelas berlangsung,keadaan mula tenang dan beliau bukanlah seperti yang ditunjukkan pada awalnya. Itu mungkin bacaan penulis sahaja...
Kelas kedua adalah di bawah seliaan Dr Wan Asna, seorang pensyarah yang lemah lembut dan kelihatan baik hati. Namun, kami juga tidak pernah menerima slide power point untuk setiap kelas sidang video beliau sejak tahun lepas lagi dimana beliau mengajar subjek perbandingan politik. Namun markah penulis untuk subjek tersebut adalah yang tertinggi berbanding subjek lain meskipun pada penilaian penulis untuk final paper tahun lepas penulis rasa amat teruk jawapan penulis. Begitulah ketentuan Allah...
Hujan turun agak lebat menjelang maghrib malam Jumaat. Penulis telah merancang untuk keluar membeli tiket di Butterworth bersama rakan lama. Menjelang Isya, sahabat lama muncul di tengah hujan renyai. Kami bergerak ke Butterworth dalam masa 30 minit. Mencari kanuter tiket di dalam kawasan steseb bas separa siap, akhirnya misi berjaya dan tiket bernilai RM65.00 di bawa pulang. Kami pulang ke pulau dengan menaiki feri dengan nilai tiket RM7.00 untuk kereta. Katanya setara dengan tol laluan ke pulau. Untuk makluman, masuk ke pulau melalui jambatan adalah dikenakan tol tetapi tidak untuk keluar dari pulau...
Oleh kerana kami menaiki feri, hanya selepas jam 10.20 malam barulah kenderaan kami menjejak semual bumi pulau tahanan. Sahabat mengajak minum sup di tengah bandar di hadapan hotel Malaysia. Sup sangat sedap dengan hidangan roti di malam Jumaat hujan turun renyai. Kelihatan pelancong asing mundar mandir di jalan yang sempit, di kelilingi bangunan tua bersejarah.
Penulis tiba semula di penginapan sekitar jam 11.30 malam.....
Ulasan